The Malaysia Post

Pak Nil Ingin Membuka Perniagaan Di Tanah Suci

Baru-baru ini, pengalaman mengerjakan ibadat umrah telah menimbulkan rasa rindu pada Datuk Aznil Nawawi, pengacara tersohor, untuk kembali ke Tanah Suci.

Bagaimanapun, Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, ingin memanfaatkan peluang untuk membuka perniagaan makanan di Madinah dan membeli hartanah yang menjadi impiannya selama ini.

“Saya baru saja menunaikan umrah dan apa yang saya perhatikan di Madinah dan Makkah, agak sukar untuk mendapatkan makanan Melayu. Makanan Arab dan Indonesia lebih banyak dijual di sana. Oleh itu, saya mempunyai impian untuk membuka restoran masakan Melayu di sana dan lokasi pilihan saya adalah Madinah.

Baca lagi |   Zii Jia-BAM, Rumit Untuk Capai Situasi Menang-Menang

“Prosedurnya bukanlah mudah, tetapi saya sedang berusaha untuk menguruskan projek ini.’’ Bekas pengacara program Akademi Fantasia (AF) ini mengaku dia pernah memikirkan rencara untuk berhijrah ke Arab Saudi. Walau bagaimanapun, hasrat itu terpaksa dilupakan kerana tidak sanggup meninggalkan keluarga di tanah air.

“Jika diikutkan, saya ingin menetap di Tanah Suci. Namun, saya masih mempunyai anak-anak dan adik-beradik di sini.”

“Jika ada rezeki dan keinginan untuk mengusahakan perniagaan makanan di sana, saya akan berulang-alik,” katanya ketika dijumpai pada majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan veteran tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama selebriti di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Perkembangan kerjaya terkini

Perkembangan kerjayanya kini lebih tertumpu kepada mengendalikan program bercorak motivasi dan membimbing pengacara baharu.

“Saya sudah memperlahankan kerjaya saya di televisyen. Fokus saya kini lebih kepada memberi kembali kepada masyarakat. Contohnya, baru-baru ini, saya menjalin kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan tugas saya adalah untuk memberi ceramah motivasi di sekolah anak-anak tentera.”

Baca Juga:  Netflix dan Amazon dikritik di India kerana kandungan kontroversi

Baca lagi – Rancang Pengambilan Guru Baru – Hui Ying

“Sepanjang tiga dekad berada dalam industri ini, saya dapat berbangga kerana meninggalkan legasi yang boleh menjadi sambungan kerjaya saya dalam bidang pengacaraan. Beberapa bekas anak didik saya yang boleh dibanggakan termasuk Neelofa, Zizan Razak, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad.” “Ketika ini, saya sedang membimbing Hawa Rizwana. Saya hendak ubah dirinya daripada imej pembaca berita yang serius kepada santai,” katanya.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

  Zii Jia-BAM, Rumit Untuk Capai Situasi Menang-Menang

Read Next

Kontroversi lagi, Aliff Syukri Nyanyi Lagu Raya Pakai ‘Jumpsuit’

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *