The Malaysia Post

Nurul Izzah Anwar Nafi Jadi Calon Pada PRN Negeri Pulau Pinang

Nurul Izzah menafikan laporan media yang mengutip sumber tidak sahih tersebut, dan memastikan bahawa beliau masih memegang tanggungjawabnya sebagai Ketua Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan di bawah pimpinan Tan Sri Hassan Marican.

Nurul Izzah Anwar Sahkan Tidak Bertanding

Melalui Kenyataan di Twitter Dalam satu kenyataan di Twitter, Nurul Izzah menyatakan, “Tidak benar dipilih calon PRN Pulau Pinang). Saya menggesa mana-mana media untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih bertanggungjawab dalam membuat laporan dan tidak terlalu mudah mempercayai dakwaan tanpa asas.”

Laporan berita tersebut mendakwa bahawa Nurul Izzah akan bertanding dalam PRN Pulau Pinang dan akan mendapat jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya kembali berkuasa.

Sumber yang dikutip dalam laporan itu menyatakan bahawa penyertaan Nurul Izzah dalam PRN boleh meningkatkan peluang PKR untuk mempertahankan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) serta membantu mendapatkan sokongan pengundi wanita.

Baca lagi | Lebih 50 bantahan difailkan ke atas calon pemilihan parti PKR

Nurul Izzah Calon Parlimen Permatang Pauh Pada PRU15

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November yang lalu, Nurul Izzah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila dikalahkan oleh calon Perikatan Nasional (PN), Fawwaz Mohamed, dengan majoriti undi sebanyak 5,272 dalam pertandingan yang melibatkan empat penjuru.

Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, telah mencatatkan sejarah apabila berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang telah menjadi benteng kuat PKR sejak tahun 1982.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang memperoleh majoriti undi sebanyak 5,272, dengan jumlah undi sebanyak 37,638, mengatasi Nurul Izzah Anwar yang hanya mendapat 32,366 undi.

Muhammad Fawwaz berpendapat bahawa terdapat gelombang besar yang berlaku di Permatang Pauh, menunjukkan kebangkitan generasi muda dan sokongan pengundi terhadap perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Baca lagi | Saifuddin berkata tidak mempunyai masalah dengan Nurul Izzah walaupun ada hubungan Rafizi

Pegang Kerusi Parlimen Permatang Pauh Sejak 1998

Sebelum ini, Nurul Izzah, anak sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mempertahankan kawalan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak tahun 1998, apabila beliau memenangi PRU14 dengan majoriti undi sebanyak 15,668.

Pada pilihan raya tersebut, Nurul Izzah Anwar parlimen tersebut telah meraih 35,534 undi, mengalahkan Mohd Zaidi (BN) yang mendapat 19,866 undi, dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari PAS (14,428 undi).

Sebelumnya, kerusi tersebut telah disandang oleh Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak tahun 1982.

Read Previous

Robert Kuok Kekal Orang Terkaya Malaysia Dalam Senarai Forbes 2023

Read Next

Liga Profesional Saudi 2022/2023: Al Nassr Menang 3-0 Atasi Al Fateh

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.