The Malaysia Post

MGA Tetapkan Satu Sasaran Emas Sederhana untuk Sukan SEA di Kemboja

MGA Matlamat Mendapat Pingat Emas Sukan Sea

Persatuan Golf Malaysia (MGA) meletakkan sasaran sederhana iaitu satu pingat emas untuk Sukan SEA yang dihoskan Kemboja pada Mei tahun ini, kata presiden MGA Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Mohd Anwar berkata MGA tidak akan meletakkan sasaran untuk mempertahankan dua pingat emas yang dimenangi semasa Sukan SEA Vietnam kerana kebanyakan pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat akan terikat dengan kejohanan anjuran Persatuan Olahraga Kolegiat Kebangsaan (NCAA). di AS.

“Pada Sukan SEA sebelum ini, kami mempunyai pemain yang bagus, tetapi kali ini enam daripada mereka tidak dapat hadir kerana ada pertembungan tarikh dengan kejohanan anjuran NCAA.

“Untuk Sukan SEA ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahukan tiga pingat emas daripada golf tetapi tidak mustahil, kita akan cuba dapatkan satu emas tahun ini, mungkin kita boleh sasarkan emas berpasukan, kita tidak boleh jangka dari acara individu, sasaran kami ialah pasukan lelaki atau perempuan,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian penajaan bagi Program Pembangunan Junior MGA, di sini hari ini.

Baca Lagi | Razman Kata Maaf di Mahkamah Kerana Dakwa PM Anwar Sokong LGBT

Baca Lagi | Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Ambassador-designate to the United States

Program Pembangunan Junior MGA

Program Pembangunan Junior MGA bekerjasama dengan tiga penaja — Colla Group, Reneuco Berhad dan NJDP Training Grant Worth. Mohd Anwar berkata program pembangunan itu akan berlangsung selama enam bulan, bertujuan mendedahkan dan menyediakan pemain golf muda negara untuk menghadapi kejohanan antarabangsa pada masa hadapan.

Pada Sukan SEA 2021 yang dianjurkan oleh Vietnam, golf membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Mohd Anwar berkata nama 20 pemain yang telah disenarai pendek, telah dihantar kepada MOM dan MGA akan mengumumkan ahli pasukan ke Kemboja terdiri daripada empat pemain lelaki dan tiga wanita, pada 26 April.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Ambassador-designate to the United States

Read Next

Polis Terengganu Tangkap Doktor Kerana Didakwa Mencabul Pesakit Kanak-Kanak

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.