Mahathir Mohamad jumpa ketua-ketua parti politik

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa hampir sembilan jam menerima kunjungan 10 pemimpin parti politik di pejabatnya, Putra Perdana.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, antara pemimpin politik yang hadir adalah Datuk Dr Abang Johari Tun Abang Openg (GPS), Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kesemua mereka tiba di pejabat Perdana Menteri sejak jam 10 pagi.

Pejabat Perdana Menteri turut menyatakan, Dr Mahathir akan bertemu dengan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal pada esok pagi.

Difahamkan pertemuan itu bagi membincangkan pembentukan kabinet baharu selepas kabinet yang dianggotai oleh Pakatan Harapan ‘bubar’ setelah Dr Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri semalam.

Sumber menyatakan sidang media akan dilakukan sekiranya Dr Mahathir selesai bertemu dengan pemimpin politik negara.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Dr Mahathir keluar daripada bangunan Putra Perdana jam 5.44 petang.

Beliau yang menaiki Proton Perdana nombor pendaftaran Malaysia 2020 sempat melambai tangannya kepada pemberita yang berkampung di pintu masuk utama bangunan itu sejak semalam.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

Read Previous

Indonesia ucap “maju jaya” untuk Malaysia selepas Mahathir letak jawatan.

Read Next

Pengasas UPKO mengetuai 5,000 ahli untuk keluar parti

Langgan
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
Lihat semua komen
0
Inginkan pendapat anda, sila komen.x
()
x