The Malaysia Post

Konflik Kepentingan Dalam Kes Najib, Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim

Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, seorang Hakim Mahkamah Rayuan, didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai kes SRC International Sdn Bhd yang melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), mengesahkan perkara ini berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mohd Nazlan.

Surat Mohd Nazlan sampai ke tangan Azalina

Laporan portal berita FMT mengungkapkan bahawa Mohd Nazlan telah melanggar kod dan mempunyai konflik kepentingan apabila mengemukakan surat kepada peguam bela, Shafee & Co pada 20 Mac. Surat tersebut yang merupakan salinan laporan penemuan SPRM yang bertarikh 20 Februari telah dipanjangkan kepada Azalina oleh agensi tersebut.

Baca lagi | Top 5 Lelaki Terkaya di Dunia 2023

Peguam bela Najib pula telah mengemukakan surat pada 15 Mac yang bertanyakan sama ada SPRM menulis kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk mengesyorkan prosiding tatatertib dimulakan terhadap Mohd Nazlan berhubung pengendaliannya dalam kes SRC. Firma guaman yang berkaitan turut mengajukan pertanyaan apakah SPRM pada dasarnya telah menyimpulkan bahwa Mohd Nazlan telah melanggar Kod Etika Hakim dan memiliki konflik kepentingan dalam surat tersebut.

Azalina mengesahkan bahawa surat balas yang dihantar kepada firma guaman tersebut menjawab persoalan yang dikemukakan secara positif. Salinan laporan penemuan SPRM bertarikh 20 Februari pula menyatakan bahawa siasatan SPRM mendapati terdapat isu salah laku oleh Mohd Nazlan yang perlu dipertimbangkan oleh ketua hakim negara.

SPRM tak ikut protokol – Tengku Maimun

Namun perkara ini adalah bercanggah dengan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Tengku Maimun. Hal ini kerana SPRM dinyatakan tidak mengikut protokol ketika menjalankan siasatan terhadap Mohd Nazlan.

Baca lagi | Hina Institusi Diraja Malaysia Di FB, ‘Tuk Chik’ Ditahan

Sebelum memulakan siasatan terhadap hakim mahkamah atasan, Tengku Maimun menyatakan bahawa agensi penyiasat seperti SPRM mesti berunding dengan ketua hakim negara dalam penghakiman terhadap hakim mahkamah atas.

Walau bagaimanapun, perkara ini memberi kejutan kepada netizen apabila hakim turut terlibat sama dalam hal yang melanggar etika kehakiman, apalagi melibatkan kes SRC, di mana Mohd Nazlan sebelumnya telah menjatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap 7 pertuduhan ke atas Najib.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Top 5 Lelaki Terkaya di Dunia 2023

Read Next

Rakyat Tak Minat Dengan Pinjaman Bercagar KWSP

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.