Skip to main content

The Malaysia Post

Kepulangan Pemain Kebangsaan Legakan Red Giants: Cheng Ho

KUALA LUMPUR: Red Giants berjaya menewaskan pasukan Kuala Lumpur (KL) City dalam pertembungan Liga Super mereka di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam semalam setelah kembalinya 13 pemain Selangor FC daripada tugas kebangsaan bersama skuad Harimau Malaya. Kepulangan mereka ini memberi kelegaan yang besar buat skuad bola sepak tersebut kerana mempamerkan aksi yang membanggakan.

Menurut ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, kemenangan yang diperolehi itu menjadi sumber pembakar semangat yang besar bagi pasukannya dan meningkatkan motivasi mereka untuk mengekalkan momentum yang memuaskan itu  dengan harapan skuad akan terus maju dalam liga musim ini.

Baca lagi | April Fool: Prank Paling Mantap dan Paling Mengarut

Cheng Hoe berkata, kemenangan tersebut penting di mana kedua-dua pasukan sudah tentu inginkan kemenangan tersebut. Hal ini tidak semudah yang difikirkan kerana hanya semalam barulah beliau dapat memutuskan pemilihan pemain dan mengumpulkan kesebelas pemain pasukan yang terbaik. “Tidak mudah kerana semalam baru saya dapat kumpul pemain terbaik”.

“Namun begitu, kami tetap berjaya meraih kemenangan dan saya yakin ia dapat meningkatkan semangat pasukan dari sekarang untuk terus menang dalam aksi liga berikutnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Kehadiran pemain kebangsaan pemacu kemenangan

Red Giants mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas City Boys. Cheng Hoe berkata campuran pemain kebangsaan dalam pasukannya juga menjadi pemacu kejayaan yang dicipta ke atas KL City. Katanya, kebanyakan daripada pemain tersebut telah bermain dalam perlawanan antarabangsa dan berbekalkan pengalaman yang mereka ada ini banyak membantu dalam memberikan keyakinan kepada seluruh ahli pasukan serta meningkatkan mutu permainan mereka ke tahap yang lebih baik.

Baca lagi | Tak Adil Bagi Najib, Hisyam Teh Enggan Berhujah

Baca Juga:  RM332 juta untuk sukan Malaysia

Sekarang, Selangor dijadualkan bertemu Negeri Sembilan FC pada Selasa ini. Red Giants kini berada di tempat ketiga di belakang Sabah FC dengan keduanya berkongsi 13 mata. Johor Darul Ta’zim (JDT) memimpin jadual dengan 18 mata.

Selain itu, Harimau Malaya baru-baru ini telah menyertai dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 melawan Turkmenistan dan Hong Kong. Mereka berjaya menewaskan Turkmenistan 1-0 pada 23 Mac dan Hong Kong 2-0 pada Selasa (28 Mac).

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

April Fool: Prank Paling Mantap dan Paling Mengarut

Read Next

Aedy-Amelia Kembali Bersama

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *