Parti MUDA Pulau Pinang desak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tarik balik kelulusan projek lereng bukit susulan beberapa kejadian tanah runtuh yang meragut banyak nyawa.
Selain membangkitkan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 2017 yang korbankan 11 nyawa dan Jalan Bukit Kukus pada 2018 yang ragut tujuh nyawa, AJK MUDA iaitu Andika Putera berkata nyawa penduduk di lereng bukit dan pemeliharaan alam sekitar sangat penting. Kerajaan perlu utamakannya daripada kepentingan pembangunan komersial yang dirancang.
Kejadian terbaharu tanah runtuh di Paya Terubong pada Ahad lalu pula mengorbankan seorang warga emas berusia 73 tahun manakala satu lagi kejadian tanah runtuh turut dilaporkan di Tanjung Tokong pada hari yang sama.
Kawalan pembangunan di kawasan cerun sensitif di Pulau Pinang turut dipertikai dan MUDA mahu kerajaan negeri, MBPP dan MBSP ambil tindakan tegas untuk pastikan kelulusan projek lereng bukit tidak lagi bahayakan nyawa penduduk serta pekerja.
Soalan Lazim (FAQ) Kelulusan Projek Lereng Bukit
1. Apakah tuntutan MUDA Pulau Pinang?
Menarik balik kelulusan projek pembangunan lereng bukit.
2. Mengapa projek lereng bukit dibantah?
Kerana risiko tanah runtuh dan ancaman keselamatan.
3. Siapakah yang diminta mengambil tindakan?
Kerajaan negeri, MBPP dan MBSP.







