The Malaysia Post

Jawatan Timbalan Exco Melaka Diwujudkan Semula

MELAKA: Istiadat mengangkat sumpah oleh 10 ADUN sebagai Exco Melaka telah berlangsung hari ini. Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia tersebut dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Bilik Mesyuarat Tun Fatimah.

Terdahulu, ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, membuat keputusan mewujudkan semula jawatan timbalan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas jawatan tersebut dimansuhkan pada 2018 ketika di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kerajaan dan juga Pakatan Harapan akan mengisi jawatan tersebut.

Baca lagi | Saya Takkan Ubah Pandangan Saya – Janna Nick

Beliau akan mengadakan pengumuman pelantikan timbalan Exco esok setelah selesai mesyuarat Exco. Beliau memberi bayangan bahawa komposisi pelantikan tersebut menarik serta semua ADUN akan diletak bersama peranan masing-masing di bawah satu pentadbiran yang kukuh dan mantap. “Kesemua Exco akan ada timbalan” katanya dalam sidang akhbar selepas istiadat angkat sumpah tersebu.

Sembilan ADUN daripada BN, satu daripada PH

Seramai tujuh ADUN di bawah kepemimpinan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang dilantik semula iaitu ADUN Paya Rumput, ADUN Merlimau, ADUN Telok Mas dan ADUN Pengkalan Batu. Turut dilantik semula ialah ADUN Gadek, ADUN Ayer Molek dan ADUN Machap Jaya.

Dalam pada itu, tiga muka baharu yang menyertai barisan Exco pimpinan Ab. Rauf ialah ADUN Asahan, ADUN Ayer Limau, dan ADUN Kesidang daripada PH. Manakala dua ADUN yang digugurkan ialah ADUN Rembia, dan ADUN Serkam.

Baca lagi | JDT Menang 5-0

Ab. Rauf berkata mengenai inisiatif mewujudkan semula jawatan timbalan Exco, bahawa pendekatan tersebut bergantung kepada keadaan dan keperluan pentadbiran semasa. “Sekarang lain, ia terpulang kepada cara kita. Terserah kepada pucuk pimpinan waktu itu. Saya rasa zaman saya untuk menguruskan kerajaan negeri ini adalah lebih sesuai untuk mengadakan jawatan timbalan Exco.” Tambahnya lagi, sekarang beliau memerlukan wakil-wakil rakyat untuk memperlihatkan bahawa masing-masing akan diberikan peranan untuk bersama-sama membangunkan Melaka.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Saya Takkan Ubah Pandangan Saya – Janna Nick

Read Next

5 Peluang Kerja Dengan Menggunakan ChatGPT

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.