The Malaysia Post

Saya Takkan Ubah Pandangan Saya – Janna Nick

Petaling Jaya – Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick tetap kukuh dengan pendiriannya mengenai isu work life balance, walaupun mendapat kritikan daripada sebahagian netizen. Dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia, Janna mengakui bahawa dia tidak kisah jika terdapat orang yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

Menurut Janna, setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keseimbangan antara kehidupan sebagai pekerja dan kehidupan peribadi untuk mencapai matlamat hidup yang lebih berjaya.

Janna turut menambah bahawa setiap orang mempunyai cara dan strategi tersendiri untuk mencapai work life balance, dan tidak ada satu cara yang betul atau salah. Beliau menasihatkan agar setiap individu perlu mengenali keperluan mereka dan mencari keseimbangan yang sesuai dengan gaya hidup masing-masing.

Baca lagi | JDT Menang 5-0

Janna telah menjadi tumpuan ramai selepas mengeluarkan kenyataannya tentang kepentingan work life balance dalam hidup seseorang dalam podcast, Sembang Studio bersama Amelia Henderson.

Podcast bersama Janna, netizen kritik habis-habisan

Janna Nick menjadi perhatian ramai selepas memberikan pandangannya mengenai isu work-life balance dalam sebuah podcast terkini, Sembang Studio yang dihoskan oleh pelakon dan model, Amelia Henderson di Youtube.

Dalam podcast tersebut, Janna memberitahu bahawa beliau berpendapat generasi kini mahukan keseimbangan di antara pekerjaan dan kehidupan peribadi tanpa kerja keras.

“Like your first goal in your life pun kau belum achieve, you dont have a think about work life balance. Unless mak ayah kau kaya

“Unless mak ayah kau kaya atau kau nak kahwin lelaki kaya.”

Baca lagi | Penyerang Kamal Adli Tidak Boleh Diikat Jamin – Mahkamah Singapura

Namun, pandangan Janna mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut memberikan pendapat masing-masing. Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pendapat Janna, Amelia menerangkan bahawa Janna ketawa adalah disebabkan dia mengetahui kerja keras yang dilakukan untuk mencapai (work-life balance)-nya sendiri.

Menurut Amelia, Janna datang dari latar belakang kesusahan kewangan, dan sebelum mencapai work-life balance, Janna perlu memikirkan terlebih dahulu tentang bagaimana untuk menyediakan makanan bagi diri sendiri dan keluarganya.

Janna kemudian menjelaskan bahawa work-life balance menjadi lebih mudah dicapai apabila individu telah mencapai matlamat hidup yang diingini dan mempunyai kestabilan kewangan.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

JDT Menang 5-0

Read Next

Jawatan Timbalan Exco Melaka Diwujudkan Semula

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.