The Malaysia Post

Isu Air Di Kedah Selesai Jika Kerajaan Perpaduan Menang – Zahid

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai masalah air yang sedang membelenggu negeri Kedah ini menjawab, semua masalah itu akan diselesaikan jika rakyat memberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Zahid juga berkata, kerajaan tahu mengenai masalah air di negeri Kedah, dan pihak kerajaan tidak mahu rakyat negeri kedah menerima nasib yang sama seperti di Kelantan dengan sindiran halus yang diberikan beliau iaitu ‘air teh’ sudah bertukar menjadi ‘kopi susu’ di negeri Serambi Mekah tersebut.

Banyak Kawasan Alami Masalah Bekalan Air Pada Aidilfitri

Tambah Zahid lagi, pada waktu raya Aidilfitri yang baru berlalu, berapa banyak kawasan di Kedah yang sedang mengalami masalah bekalan air.

Oleh itu, beliau meminta rakyat untuk memberi sokongan yang padu dan menyerahkan semula mandat negeri kepada Kerajaan Perpaduan bagi mengatasi masalah bekalan air ini.

Ujarnya. Jika kerajaan negeri ini berada di bawah Kerajaan Perpaduan, Yang Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyelesaikannya secepat yang mungkin.

Hal ini adalah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merupakan Menteri Kewangan. Selorohnya ketika menyampaikan pidato pada Himpunan MADANI Kedah 2023 di Dataran Stargate, jika Yang Berhormat Perdana Menteri lupa, beliau akan ingatkannya untuk tolong rakyat negeri Kedah.

Baca lagi | Tempoh Kelulusan Pembangunan Perlu Dipercepatkan – Anwar

Tingkatkan Usaha Memajukan Kedah

Beliau yang merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya akan membantu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) juga menambah, usaha untuk memajukan semula Kedah akan dipertingkatkan lagi sekiranya mereka beroleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Sementara itu, pada Himpunan MADANI Kedah 2023 itu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga turut hadir.

Malah, beberapa Menteri Kabinet lain juga kelihatan seperti Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, yang disandang oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Baca lagi | Bekas Setiausaha Politik Didakwa Terima Rasuah Lebih RM400,000

Beliau juga berkata, selain masalah air, masalah perumahan dan tanah juga akan turut dititikberatkan memandangkan beliau juga adalah Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementeriannya akan membantu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah juga akan membantu orang kampung tidak mengira kaum seperti orang Melayu, Cina, India, Siam, Orang Asli demi kepentingan negeri Kedah dan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Zahid juga berkata, jalinan kerjasama dengan kombinasi yang baik di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mesti dipertahan demi kestabilan politik negara.

Beliau juga tetap dengan pendiriannya untuk terus menyokong Perdana Menteri walaupun terdapat pelbagai rintangan.

Read Previous

Ini 8 Mitos Teknologi Yang Ramai Orang Anggap Sebagai Fakta

Read Next

India Bakal Atasi China Bagi Populasi Penduduk Yang Paling Ramai Dunia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.