The Malaysia Post

Hafiz Mahamad Sekali Lagi Sponsor 10 Buah Bas Raya

Influencer popular, Hafiz Mahamad, telah mencetuskan perasaan gembira di kalangan orang ramai dengan pengumuman terbarunya. Melalui hantaran di IG storynya, Hafiz mengumumkan bahawa dia bakal menaja 10 buah bas kepada orang ramai untuk pulang ke kampung masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Hafiz prihatin keselamatan penumpang

“Kita banyak terlepas pandang walhal pemandu bas sangat memainkan peranan. Kita akan bagi yang terbaik untuk awak, doakan,” ujar Hafiz.

Baca lagi| Mahkamah Kuwait Jatuhkan Hukuman Terhadap Jho Low

Bukan itu sahaja, Hafiz turut memaklumkan bahawa sistem pengurusan bas bakal dipertingkatkan bagi memastikan keselesaan kepada para penumpang sepanjang perjalanan untuk pulang ke destinasi masing-masing. Dalam usaha memastikan keselamatan terjamin, hanya pemandu bas yang berusia 40 tahun ke bawah dan mempunyai pengalaman lebih 10 tahun sahaja dibenarkan membawa penumpang.

Hafiz yang dikenali dengan sikapnya yang pemurah kerana sering membantu orang yang memerlukan ketika dalam kesusahan, mengucapkan rasa syukur kerana berpeluang dapat membantu golongan yang memerlukan dan berharap agar rezekinya sentiasa diperluaskan Allah. Bagi Hafiz, inisiatif untuk menaja bas ini adalah satu bentuk sumbangan sosial yang beliau boleh lakukan untuk membantu rakyat jelata pulang ke kampung halaman masing-masing.

Hafiz dapat sambutan hangat netizen

Dalam perkembangan lain, Hafiz turut mengumumkan bahawa beliau akan pergi ke stesen bas lama bersebelahan dengan stadium Shah Alam yang merupakan lokasi untuk berkumpul bagi memantau keadaan di sana. Beliau berharap agar semua urusan berjalan dengan lancar dan para penumpang dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat.

Baca lagi | Majoriti Satu Undi Sahaja, Pemilihan Diadakan Semula

Inisiatif yang diambil oleh Hafiz Mahamad ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai di media sosial. Banyak yang menganggapnya sebagai contoh yang baik dan diharapkan agar lebih ramai individu dapat terinspirasi untuk melakukan kebaikan seperti Hafiz. Diharapkan inisiatif ini dapat membantu golongan yang memerlukan dan menjadi berkat bagi semua pihak yang terlibat.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Mahkamah Kuwait Jatuhkan Hukuman Terhadap Jho Low

Read Next

‘Taring’ Harimau Harus Dipertajamkan Lagi – Pan Goh

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.