The Malaysia Post

Gergasi Asia Bakal Uji Kemampuan Skuad B-17

Kuala Lumpur: Skuad bawah 17 atau B-17 sekali lagi akan diuji karakter dan kekuatan dalam pasukan mereka sebelum terbang ke Bangkok, Thailand pada 15 Jun sehingga 2 Julai untuk menghadapi saingan Piala Asia B-17 apabila perlu berdepan dengan sekurang-kurangnya dua pasukan gergasi Asia.

Pilihan dua pasukan gergasi yang dipilih dan dijangka akan menentang skuad kendalian Osmera Omaro itu adalah pasukan Arab Saudi dan Uzbekistan yang akan bertolak ke Kuala Lumpur bagi tujuan menjalani kem latihan terakhir sebelum ke semua mereka terbang ke Bangkok.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin. Beliau juga berkata perlawanan aksi persahabatan berdepan dua pasukan terkuat Asia yang dianjurkan itu mampu meningkatkan lagi keupayaan pasukan negara bimbingan Osmera itu.

Baca lagi | Chong Wei Akan Bantu Tze Yong menyertai Zii Jia di Sukan Paris

Taruh Keyakinan Tinggi Untuk Skuad B-17 Menang

Beliau juga menaruh keyakinan yang tinggi untuk melihat skuad Harimau Muda ini layak ke Piala Dunia B-17 pada hujung tahun ini di samping memohon sokongan padu dan doa berterusan dari semua pihak terutama peminat bola sepak untuk bersama-sama mengiringi perjuangan skuad bola sepak masa depan negara ini.

Tambah beliau lagi, jika ada rezeki, dengan segala kerja kuat dan usaha bersama, pasukan skuad B-17 mempunyai peluang cerah untuk beraksi di Piala Dunia dan bakal menjadi satu sejarah baharu jika Malaysia layak.

Ujarnya, banyak pasukan yang akan datang ke Malaysia sebelum mereka berangkat ke Bangkok pada bulan Jun dan kedatangan mereka ke sini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan lagi prestasi pasukan muda negara itu.

Baca lagi | Kementerian Sukan mahu MKN Siasat Tuduhan Perkauman Melibatkan Pemain Hoki

Jalani Latihan di Qatar

Pasukan harimau muda kini sedang giat menjalani kem latihan fasa 2 di mana ia membabitkan penglibatan seramai 25 pemain. Kesemua mereka dibawa ke Qatar bagi berdepan dengan beberapa aksi persahabatan yang dianjurkan di sana.

Malaysia akan bersaing dalam Kumpulan A bersama pasukan tuan rumah Thailand, Laos dan juga Yaman pada saingan Piala Asia B-17 di Bangkok, Thailand nanti.

Malaysia menetapkan sasaran buat pasukan negara di Piala Asia itu untuk layak ke separuh akhir bagi membolehkan anak buah bimbingan Osmera beraksi di Piala Dunia B-17 yang bakal diadakan pada hujung tahun ini.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Awas! Ini 8 Tanda Anda Sedang Alami Masalah ‘Anxiety Disorder’

Read Next

Rawat Masalah Rabun Dengan 10 Petua Mudah Ini!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.