The Malaysia Post

Gara-gara Tegur Pembaca Berita, Hattan Diserang Netizen

KUALA LUMPUR: Dunia seni hiburan kembali hangat apabila nama penyanyi otai tanah air iaitu Datuk Hattan kembali panas apabila berlaku perdebatan antara para netizen apabila tindakannya menegur pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta.

Hattan atau nama sebenar beliua adalah Mohd Shukri Shahabudin, 59, telah dihubungi oleh pembaca berita wanita berkenaan.

Menerusi rakaman video yang tular, siaran temubual yang dilakukan secara langsung itu dilakukan bagi mendapatkan mendapatkan pandangan beliau mengenai lirik lagu yang telah ditulis oleh kumpulan XPDC dengan kata-kata yang tajam dan pedih.

Pembaca berita berkenaan mengemukakan soalan kepada penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Memburu Rindu’ berkisarkan tentang vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau nama komersilnya adalah Mael.

Beliau disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor akibat sesak nafas iaitu kira-kira pukul 8.41 malam kelmarin.

Baca lagi | Artis Asing mesti Mematuhi Norma Tempatan untuk Beraksi di Malaysia

Berang Bagi Jawapan Salah

Soalan yang ditanya pembaca berita kepada Hattan bagaimanapun menimbulkan suasana yang agak tegang.

Hal ini terjadi apabila Hattan bertanyakan semula pembaca berita itu berkenaan sejarah dan siapakah yang menulis lirik lagu kumpulan tersebut.

Beliau juga dengan nada yang agak serius bertanya lagi sekali mengenai soalan tersebut dan mula menegur pembaca berita berkenaan kerana tidak membuat rujukan dan persediaan sebelum bersiaran langsung.

Suasana menjadi lagi tegang apabila pembaca berita menjawab soalan dengan menyebut nama komposer lain yang menjadi penulis lagu kumpulan XPDC.

Disebabkan jawapan salah yang diberikan, Hattan berasa sangat kecewa apabila pembaca berita langsung tidak membuat kajian mengenai karya Allahyarham.

Baca lagi | Pelakon Henry Cavill Sahkan Dia Tidak Akan Kembali sebagai Superman

Laman Instagram Diserang Netizen

Beliau juga dilihat sempat ‘sekolahkan’ penyampai berita itu sebelum mematikan talian. Disebabkan tindakannya itu, para netizen mula menyerang akaun Instagram miliknya sehingga beliau terpaksa privasikannya.

Melihat komen yang dilontarkan kepada Hattan, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan caranya menegur. Mereka berkata Hattan sepatutnya tidak perlu ‘koyak’ dan perlu menunjukkan adab yang elok kerana caranya itu telah memalukan pembaca berita secara umum.

Usaha mendapatkan kenyataan daripada Hattan dan stesen TV berkenaan juga menemui kegagalan apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

India Bakal Atasi China Bagi Populasi Penduduk Yang Paling Ramai Dunia

Read Next

Peruntukan Sekolah Agama Dan Sekolah Persendirian Cina Berbeza, Pemuda UMNO Desak Kerajaan Semak Semula

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.