The Malaysia Post

Gabungan 4 Parti Politik Sukarkan Gerakan Jatuhkan Kerajaan – Anwar

PUTRAJAYA: Ura-ura yang menyatakan terdapat komplot untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada disahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja 2023 dengan tema ‘Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani’ pada hari ini memberitahu bahawa segala usaha dan komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan tidak akan berjaya dan dapat ditangkis melalui hasil gabungan empat parti politik utama yang sangat kuat
dan stabil.

Beliau juga berkata, gabungan empat parti utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memberikan komitmen yang padu untuk terus mempertahankan Kerajaan Perpaduan sedia ada sekarang.

Komplot Menjatuhkan Kerajaan Tiada Asas Tepat

Beliau juga memberitahu bahawa komplot yang dibuat itu tidak mempunyai asas yang betul kerana setiap bulan ada strategi untuk menjatuhkan kerajaan. Hingga setakat ini, hasil pemantauan yang dilakukan, beliau berkata kerajaan masih dalam keadaan kuat, kukuh dan tidak goyah.

Dakwaan mengenai komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu telah dilaporkan oleh sebuah portal berita. Ia dikhabarkan disertai oleh beberapa orang Ahli Parlimen.

Perjanjian persefahaman kerjasama pada 16 Dis 2022 bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi negara telah ditandatangani dan dipersetujui oleh empat gabungan politik utama yang mewakili PH, BIN, GPS, GRS dan parti Warisan.

Baca lagi | Senarai Pendek Calon PRN Negeri Sembilan Selesai, UMNO Negeri Sembilan Akan Serah Dan Tunggu Kata Putus Zahid

Setiap Individu Punya Hak

Menyentuh mengenai isu pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan bekas Perdana Menteri, Yang Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa permohonan untuk mendapatkan pengampunan boleh dilakukan oleh mana-mana individu yang mempunyai hak untuknya.

Tambah beliau, permohonan yang dikemukakan tersebut perlu dipertimbangkan dan menilainya dengan penuh belas kasihan, secara profesional tanpa ada sebarang unsur prejudis.

Baca lagi | Cara Melabur dalam Saham: Panduan Pemula

Kenaikan Kadar Caruman Majikan Perlu Perbincangan

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan turut menyatakan bahawa cadangan untuk meningkatkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun dikemukakan kepada beliau.

Namun hal tersebut masih belum dirujuk kepada para Jemaah Menteri. Beliau akan membincangkan terlebih dahulu kerana sebarang keputusan dasar yang dibuat akan memberi kesan kepada kerajaan dan majikan.

Terdahulu, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) telah menyeru kerajaan untuk meningkatkan kadar caruman bahagian majikan KWSP dari 13 peratus kepada 20 peratus.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Nak Kurus Dengan Cepat? Ini 7 Petua Kuruskan Badan Dalam Tempoh Seminggu!

Read Next

Tajuk Poster Filem Terbaru Ajith Kumar Didedahkan, Diarah Oleh Magizh Thirumeni

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.