Empat Pelajar Ditahan Kerana Merusuh
Empat pelajar berusia antara 15 dan 16 tahun ditahan pada 8.50 malam semalam kerana didakwa merusuh susulan salah faham di kantin sekolah di Kajang yang menyebabkan dua pelajar cedera.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis dimaklumkan mengenai pergaduhan sekolah itu selepas ia tular di media sosial.
Laporan kejadian
Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang pelajar berusia 16 tahun semalam menyatakan sekumpulan pelajar telah memukulnya dan seorang rakannya.
Baca Lagi | 10 Pekerjaan Bergaji Tertinggi di Malaysia untuk 2022
Baca Lagi | Loke DAP tentang Zahid dalam Kabinet: Proses Mahkamah Masih Boleh Diteruskan
“Kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham di sekolah (pada 30 November) di mana pengadu berselisih faham dengan rakan suspek di kantin pada waktu rehat,” katanya di sini, hari ini.
“Pemeriksaan mendapati kecederaan ringan di muka dan badan pengadu serta mangsa. Kesemua yang ditahan adalah kanak-kanak bawah umur yang bersekolah di sekolah yang sama dengan pengadu. Kami akan memohon reman kesemua suspek di Mahkamah Bandar Baru Bangi hari ini. Kami masih mengesan beberapa pelajar,” katanya.
Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat Insp K. Suresh di talian 017-4333795.