The Malaysia Post

Eina Azman Menangis Kena Prank Dengan Suami

Pelakon terkenal, Datin Paduka Eina Azman, 27, baru-baru ini mengeluarkan produk keluaran terbaru dalam platform TikTok yang dihoskan oleh Didie Alias pada Jumaat malam semalam. Ketika acara pelancaran tersebut, suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah hadir membawa jambangan duit RM100 yang tidak dapat dipastikan jumlah sebenar.

Namun, kejutan yang dibuat oleh suaminya itu sebenarnya hanyalah sebuah ‘prank’. Eina yang terkejut dan tidak menyangka dengan kejutan tersebut mengalirkan air mata. Menurut Eina, tindakan suaminya itu telah membuatkan hatinya terguris kerana suaminya tidak memberi ucapan selamat hari lahir pada 13 Mac lalu.

Eina ‘overthinking’, kes ‘penyondol’ berleluasa

Eina juga mengakui bahawa kes ‘penyondol’ yang semakin berleluasa menjadi punca timbulnya perasaan risau. Namun, suaminya meminta maaf kerana tidak menyangka kejutan tersebut akan membuatkan hati isterinya terguris.

Baca lagi | Harimau Selatan Baham Selangor

Sebelum ini, Eina juga berkongsi ayat berkaitan ‘menghargai’ seseorang dalam hantaran yang berbeza di Instagram. Video pendek yang dimuat naik oleh Eina di akaun TikToknya yang menunjukkan dirinya sedang menangis telah mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci apakah masalah yang sedang dilaluinya, peminat berharap agar hubungan Eina dan suaminya berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan bukan disebabkan oleh orang ketiga. Eina berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan anak kembar iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang berusia 6 tahun.

Eina Azman dan suami ‘power couple’

Selain daripada itu, Eina Azman juga merupakan seorang usahawan dan pereka fesyen yang berjaya dengan jenama pakaian sendiri iaitu Eina Azman Collection. Beliau juga dikenali sebagai seorang aktivis sosial yang sering mengambil bahagian dalam kempen-kempen kebajikan dan amal.

Baca Juga:  Ubai Dedah Realiti Sebenar Kehidupan Shila Amzah

Baca lagi | Fasha Sandha Kembali Beraksi Selepas Kemalangan

Eina Azman memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2013 dengan muncul dalam drama Love You Mr. Arrogant. Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama popular seperti Hati Perempuan, Suri Hati Mr. Pilot, dan juga Anakku Diva.

Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, juga dikenali sebagai pasangan yang sering tampil bergaya dan elegan dalam majlis-majlis sosial dan acara-acara terkini. Mereka sering dikaitkan sebagai pasangan ‘power couple’ dalam dunia seni dan fesyen di Malaysia.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Harimau Selatan Baham Selangor

Read Next

Viral Tiga Beranak Pakai Baju Sekolah

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *