The Malaysia Post

‘Bukan satu ancaman’ -Saifuddin Ulas Spekulasi Kerajaan Perpaduan Bakal Roboh

BAYAN LEPAS: Spekulasi mula bertebaran apabila terdengar ura-ura yang mengatakan kerajaan perpaduan bakal roboh atau digulingkan tidak lama lagi. Desas-desus itu mulai kedengaran apabila semakin dekat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Namun, bagi menjawab segala tohmahan tersebut berkenaan wujud cubaan untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata ia dilihat tidak akan dapat mengancam kestabilan Kerajaan Persekutuan yang kelihatan kukuh buat ketika ini.

Merupakan Kerajaan Yang Stabil

Beliau juga berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Yang Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sebuah kerajaan yang stabil serta utuh dalam menjalankan peranannya untuk terus mentadbir negara ini tanpa sebarang kekacauan atau ketidakpercayaan.

Saifuddin yang juga merupakan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) ini juga memberitahu pihak media bahawa beliau percaya dengan kredibiliti yang ditunjukkan oleh Kerajaan Perpaduan, tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi negara selain menjaga kebajikan rakyat dapat diteruskan.

Baca lagi | Senarai Pendek Calon PRN Negeri Sembilan Selesai, UMNO Negeri Sembilan Akan Serah Dan Tunggu Kata Putus Zahid

Bukan Ancaman Besar

Tegasnya lagi, Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kerajaan yang compact, intact serta functional.

Beliau juga berkata semua spekulasi atau desas desus yang bertebaran sekarang ini bukan satu ancaman besar kepada kerajaan sedia ada dan beliau juga tidak bercadang untuk memberi respon terhadap segala desas-desus tersebut.

Ujarnya lagi, tumpuan utama mereka pada sekarang ini adalah untuk pulihkan kembali ekonomi untuk bantu rakyat terutamanya selepas Covid-19 melanda.

Baca lagi | Bekas Setiausaha Politik Didakwa Terima Rasuah Lebih RM400,000

Fokus Untuk Pulih Ekonomi dan Bantu Rakyat

Bukan sahaja pulihkan ekonomi, kerajaan juga akan memberi fokus terhadap kestabilan politik, memakmurkan ekonomi, kebajikan rakyat dan menjadi sebuah kerajaan kuat serta membuktikan bahawa kerajaan sekarang adalah stabil.

Kenyataan ini dikeluarkan ketika beliau sedang meninjau serta menyampaikan bingkisan raya kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang sedang bertugas sempena Op Pagar Laut di atas Kapal Maritim Burau selepas diminta untuk mengulas mengenai sebuah laporan portal berita.

Dalam laporan tersebut ia menyatakan bahawa terdapat beberapa cubaan untuk gulingkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim ini.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Dua Bayi Perempuan Pertama Berjaya Dilahirkan Hasil Persenyawaan Robotik

Read Next

Ini 8 Mitos Teknologi Yang Ramai Orang Anggap Sebagai Fakta

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.