The Malaysia Post

ASTRO Moonbin – Polis Syak Bunuh Diri

Pada hari Rabu, anggota K-pop yang popular daripada kumpulan ASTRO iaitu Moonbin telah ditemui mati. Menurut laporan yang dikeluarkan, dia ditemui mati di kediamannya di daerah Gangnam, Seoul, Korea Selatan oleh pengurusnya.

Kumpulan agensinya, Fantagio telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kematiannya itu kepada umum.

Kenyataan tersebut menyatakan, mereka memohon maaf bagi pihak Fantagio kerana perlu menyampaikan berita sedih dan amat memilukan apabila salah seorang daripada ahli kumpulan ASTRO, Moonbin meninggal dunia secara tiba-tiba pada 19 April yang lalu di kediamannya.

Turut Sama Ratapi Pemergian ASTRO

“Walaupun ia tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan keluarga yang kehilangan anak dan saudara tercinta, rakan artis dan kakitangan di Fantagio, yang bersama dengannya untuk waktu yang lama, turut meratapi kepergian ini dengan terkejut dan sedih.

Malah, melalui kenyataan itu juga mereka meluahkan rasa sedih apabila terpaksa sampaikan berita secara tiba-tiba itu kepada peminat-peminat yang telah memberikan cinta dan sokongan tanpa henti kepada Moonbin sepanjang kumpulan itu berada dalam industri hiburan.

Ujar kumpulan itu lagi, pemergian Moonbin itu juga membawa bersama rasa cinta buat peminatnya, yang selalu difikirkannya selama ini.

Baca lagi | R. Kelly menyaman penjara Brooklyn kerana meletakkan dia menonton bunuh diri

Mohon Henti Sebar Berita Negatif

Moonbin juga meminta kepada semua pihak agar segala berita buruk atau berniat jahat dielakkan bagi membolehkan keluarga yang kehilangan dapat meratapi dengan hormat dan mengucapkan selamat tinggal.

“Mengikut kehendak keluarga yang kehilangan, majlis pengebumian akan diadakan dengan tenang, hanya dihadiri oleh keluarga, sahabat rapat, dan rakan agensi.”

Sementara itu, Soompi melaporkan pihak polis mengatakan, “Nampaknya Moonbin mengambil nyawanya sendiri,” sambil menambah, “Kami sedang membincangkan kemungkinan untuk menjalankan bedah siasat untuk menentukan sebab kematian yang tepat.”

Baca lagi | Bintang ‘The Flash’ Ezra Miller mendapatkan rawatan untuk kesihatan mental

Moonbin dijadualkan untuk membawakan persembahan di Dream Concert yang akan datang sebagai sebahagian daripada aktiviti kumpulannya.

Astro pada asalnya terdiri daripada enam ahli. Kumpulan ini membuat kemunculan pada Februari 2016.

Pada bulan Februari tahun ini, diumumkan bahawa ahli Rocky akan keluar daripada kumpulan tersebut selepas tamat tempoh kontraknya dengan syarikat.

Kini, kumpulan ini hanya mempunyai MJ, JinJin, Cha Eunwoo, dan Sanha.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Hazem Codes Tawarkan Cara Mudah Dapatkan Robux Percuma

Read Next

‘Bungkus’ Awal – Lee Zii Jia Gagal Pertahan Juara

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.