The Malaysia Post

Aplikasi Kompas Dalam Talian Tidak Tepat – Perlu Rujuk Pakar Tauliah

KUALA LUMPUR: Umat Islam disarankan untuk tidak menjadikan kompas atau aplikasi kiblat dalam talian sebagai panduan utama untuk menetapkan arah kiblat.

Namun anda boleh menggunakannya ketika bermusafir atau berada di lokasi yang tidak terdapat sebarang petunjuk arah.

Walaupun banyak yang menganggap aplikasi kiblat dalam talian dapat memberikan petunjuk yang tepat, ia sebenarnya mempunyai kelemahan.

Faktor Persekitaran Pengaruhi Bacaan Arah Kiblat

Aplikasi ini boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran, terutama ketika berada di lokasi yang mempunyai besi dan logam.

Oleh itu, penggunaan aplikasi ini sebagai panduan kasar boleh dilakukan ketika bermusafir atau berada di tempat yang tiada petunjuk arah kiblat, tetapi bagi menentukan arah yang tepat di tempat yang kekal seperti rumah, disarankan untuk memanggil pakar yang bertauliah.

Menurut Setiausaha Agung PAFNS, Abdul Latip Ibrahim, sebelum ini, masyarakat mengguna kompas kerana banyak kediaman dan bangunan diperbuat daripada kayu atau papan, yang menyebabkan pesongan arah yang tidak ketara.

Walau bagaimanapun, oleh sebab hari ini, pembinaan bangunan banyak menggunakan bahan seperti simen serta besi, ia telah pun menyebabkan bacaan arah kiblat tidak berapa tepat.

Jika diikutkan, semua aplikasi yang menggunakan kaedah kompas mungkin akan memberi bacaan betul dan kemungkinan untuk memberikan bacaan yang salah adalah bergantung kepada faktor besi yang terdapat di persekitarannya.

Abdul Latip juga menyatakan bahawa perbuatan membandingkan arah kiblat yang tepat dengan menggunakan aplikasi juga adalah diragui kerana tidak semua aplikasi yang ada di telefon bimbit tepat.

Baca lagi | Imam Lupa Takbir, Solat Sunat Aidilfitri Diulang

Ikut Ketetapan Arah Kiblat Oleh Jabatan Mufti Negeri

Ada pihak yang menyemak sendiri atau membandingkan kiblat surau dengan aplikasi kiblat, tetapi menggunakan aplikasi itu juga ia mungkin tidak tepat.

Oleh itu, sebagai penyelesai masalah dan rasa was-was, penentuan kiblat yang ditetapkan oleh Jabatan Mufti Negeri dapat menyelesaikan semua keraguan masyarakat.

Beliau juga menegaskan bahawa penentuan kiblat adalah sangat penting kerana ia mempunyai kaitan dengan ibadat solat, kerana antara syarat sah ialah yakin mengadap kiblat.

Jika kita bimbang sekiranya peta dalam talian menunjukkan arah yang salah ketika menuju destinasi tertentu, kita juga perlu bimbang apabila arah kiblat tersasar daripada arah yang sebenar.

Baca lagi | Jemaah Mula Membanjiri Mekah, Madinah Tingkatkan Ibadah, Kejar Lailatul Qadar

Dapatkan Khidmat Juruukur Falak Syarie

PAFNS menggesa masyarakat agar lebih prihatin mengenai arah kiblat masing-masing dengan menghadiri kursus falak yang telah dianjurkan oleh pihak berkuasa atau mendapatkan khidmat Juruukur Falak Syarie yang bertauliah bagi menentukan ketepatan arah kiblat di kediaman masing-masing.

Aplikasi yang berpandukan matahari juga ada yang tepat, tetapi ia perlu dipelajari terlebih dahulu sebelum digunakan.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Bangga Dengan Aksi Cemerlang Skuad B-17 Di Qatar

Read Next

Sumatera Dikejutkan Dengan Gegaran Kuat Gempa Bumi 7.3 Magnitud

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.