The Malaysia Post

Jemaah Mula Membanjiri Mekah, Madinah Tingkatkan Ibadah, Kejar Lailatul Qadar

Makkah: Sempena memuliakan malam ke 27 dalam bulan Ramadhan serta bagi meraikan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan, jutaan umat Islam yang berada di Masjidil Haram tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat Isya dan Tarawih di Masjidil Haram. Ini berikutan semua umat Islam berlumba-lumba untuk mencari satu malam yang istimewa dalam bulan Ramadhan iaitu malam Lailatul Qadar.

Persiapan untuk keselamatan dan keselesaan jemaah

Sehubungan dengan itu, Ketua Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah mengarahkan pekerja dan pasukan mekanikalnya untuk melakukan persiapan bagi menyantuni tetamu Allah di Masjidil Haram.

Sejak awal pagi lagi, sistem perkhidmatan bersepadu telah diarahkan untuk beroperasi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan buat semua jemaah. Selain itu, tindakan ini juga bertujuan untuk membangkitkan semangat kerohanian dalam kalangan semua jemaah di Masjidil Haram. Bukan itu sahaja, bahkan seramai 4,000 orang pekerja telah ditempatkan di seluruh Masjidil Haram bagi melakukan tugas pembersihan di sekitar masjid sebanyak sepuluh kali pada sepanjang hari.

Di samping itu, sebanyak 5,000 kenderaan biasa, 3,000 kenderaan elektrik, 200 tangga elektrik dan 14 buah eskalator  telah disediakan oleh pihak Masjidil Haram bagi memenuhi keperluan warga emas dan golongan yang berkeperluan khas.

Baca lagi | Syamsul Tak Jadi Lafaz Cerai

Keselamatan dan keselesaan para jemaah yang hadir  bagi menunaikan solat Isya dan Terawih  di sini sangat di ambil berat. Oleh itu, Presidensi bersama penyelarasan dengan pelbagai jabatan dan pihak berkuasa berkaitan, mengambil langkah untuk mempersiapkan Masjid Nabawi dan membuat persediaan yang rapi bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tekad agensi Presidensi

Berikutan peningkatan jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram pada tahun ini membuatkan agensi Presidensi bertekad untuk meningkatkan perkhidmatan mereka. Hal ini kerana, untuk memastikan jemaah yang berada di sini pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan pada tahun ini dapat merasakan pengalaman terbaik semasa menunaikan ibadah kepada Allah.

Keselesaan buat jemaah wanita

Bagi jemaah wanita pula, semalam, agensi wanita di Masjidil Haram telah mengatur jabatan dan unit mereka dalam usaha untuk memastikan jemaah wanita dapat menunaikan ibadah mereka dengan lancar, tenang dan selamat. Oleh itu, satu laluan khas untuk jemaah wanita telah disediakan. Agensi Penolong Perkhidmatan Wanita dan Hal Ehwal Lapangan berkata, mereka telah melatih pekerja wanita untuk menerima kedatangan jemaah. Segala persiapan bagi menyambut kedatangan pengunjung di semua tempat juga diselia dan dipantau dengan sebaiknya.  

Baca lagi | Tempoh Kelulusan Pembangunan Perlu Dipercepatkan – Anwar

Dengan segala persiapan rapi yang telah dibuat, solat Isya dan Tarawih yang telah dilaksanakan pada malam 27 Ramadan di Masjid Nabawi berlangsung dengan penuh ketenangan, dengan persekitaran yang selamat serta aman.

Read Previous

Syamsul Tak Jadi Lafaz Cerai

Read Next

Ini 14 Tips Resume Paling Terbaik Untuk Senang Dapat Kerja

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.