The Malaysia Post

Sumatera Dikejutkan Dengan Gegaran Kuat Gempa Bumi 7.3 Magnitud

JAKARTA: Pada awal pagi tadi, gempa bumi dengan kekuatannya berukuran 7.3 magnitud telah pun menggegarkan barat Pulau Sumatera sehingga mencetuskan amaran tsunami, lapor Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

Amaran tsunami yang dikeluarkan itu telah menggesa pihak berkuasa tempatan agar segera mengarahkan semua penduduk-penduduk yang terlibat dengan lokasi yang terjejas untuk berpindah dan menjauhi kawasan pantai dengan kadar yang segera.

Walau bagaimanapun, amaran tersebut ditarik balik selepas kira-kira dua jam ia dikeluarkan.

Laporan Sebelum Gempa Bumi Adalah 6.9 Magnitud

Terdahulu, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) melaporkan bahawa gempa bumi yang bakal terjadi itu hanya berukuran 6.9 magnitud sahaja. Kejadian gempa bumi itu melanda kira-kira jam 3 pagi pada waktu tempatan dengan kedalamannya adalah sedalam 84 kilometer (km).

Menurut BMKG, selepas gempa bumi yang kuat tersebut, sejumlah gempa yang lain menyusul termasuk satu gempa yang berukuran 5 magnitud.

Malah, menurut Abdul ketika di temubual, gegaran kuat gempa bumi dirasai di ibu kota Sumatera Barat, Padang telah pun menyebabkan orang ramai mula mengambil langkah keselamatan dengan segera menjauhi semua kawasan pantai.

Baca lagi | Gempa Bumi di Sumatera Utara, Gegaran Hingga ke Cameron Highlands

Penduduk Bergegas Selamatkan Diri

Katanya lagi, penduduk juga mula bergegas meninggalkan kediaman masing-masing untuk tujuan keselamatan diri dan keluarga.

Walaupun hampir sebilangan daripada mereka berasa panik dengan kejadian tersebut, namun keadaan masih lagi dalam keadaan yang terkawal.

Abdul juga berkata, sebahagian daripada para penduduk setempat dilihat sedang berpindah ke kawasan yang jauh dari laut.

Gempa yang berlaku pada kali ini juga dilihat tiada kerosakan yang berlaku setakat ini.

Baca lagi | Gelombang Haba Landa Asia

Rakaman Gempa Bumi Disiarkan

Agensi berita tempatan menyiarkan rakaman di mana dalam rakaman tersebut menunjukkan sebahagian penduduk yang berada di Padang bergegas menyelamatkan diri dengan menunggang motosikal dan berjalan ke kawasan yang lebih tinggi.

Malah, menerusi rakaman tersebut juga dapat dilihat sebilangan penduduk turut membawa beg galas, manakala ada yang berpayung kerana cuaca yang hujan.

Menurut Noviandi, pegawai tempatan, kepada TvOne, semua penduduk sudah pun dipindahkan di Pulau Siberut dan mereka diingatkan supaya berada di kawasan pemindahan tersebut sehinggalah amaran tsunami ditarik balik. – REUTERS

Read Previous

Aplikasi Kompas Dalam Talian Tidak Tepat – Perlu Rujuk Pakar Tauliah

Read Next

Cicah Lemang Dengan Sekaya, Selera Pelik Ryan Bakery

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.