Malaysia menjadi wakil tunggal ASEAN yang layak ke Tier B Piala Dunia B-15 2026. Kelayakan untuk mara ini selepas Malaysia menamatkan saingan Kumpulan H di tempat kedua.
Skuad dibawah pantauan P. Maniam ini berjaya kumpul 10 mata hasil tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan. Malaysia yang tewas tipis 0-1 kepada skuad Mexico dalam aksi terakhir sahkan kedudukan mereka sebagai naib juara kumpulan itu.
Menerusi keputusan yang dicapai skuad negara, Malaysia bakal bersaing dalam Tier B bagi merebut kedudukan ke-33 hingga kedudukan ke-64. Indonesia, Thailand dan Vietnam pula berada di Tier C. Myanmar dan Filipina berada di Tier D serta Laos dan Singapura pula berada di Tier E.
Pencapaian skuad bola negara kebanggaan rakyat Malaysia ini membuka peluang buat skuad muda negara untuk meneruskan cabaran dan membuktikan kemampuan mereka di pentas dunia.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Malaysia layak ke tier mana?
Tier B Piala Dunia B-15.
2. Berapa mata dikumpul Malaysia?
10 mata.
3. Siapa menewaskan Malaysia?
Mexico dengan keputusan 1-0.







