Skip to main content

The Malaysia Post

Peruntukan Sekolah Agama Dan Sekolah Persendirian Cina Berbeza, Pemuda UMNO Desak Kerajaan Semak Semula

KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan untuk membuat semakan semula kadar peruntukan purata bantuan yang akan disalurkan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Agama (SA).

Dr Muhammad Akmal Saleh yang merupakan Ketua Pemuda Umno berkata, semua peruntukan itu perlu diseragamkan kerana ia sangat jelas menimbulkan beberapa persoalan terutama dari segi purata jumlah.

Agihan Peruntukan Perlu Sama Rata

Ujar beliau, sekiranya peruntukan kerajaan tersebut mengambil kira purata bilangan sekolah, ia perlulah disemak semula kadar peruntukan purata untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana ia melebihi nilai peruntukan yang sewajarnya.

Peruntukan bagi kedua-dua jenis sekolah ini haruslah sama rata dan lebihan peruntukan perlu disalurkan kepada sekolah menengah aliran kebangsaan yang mempunyai semua kaum dan mengikut silibus yang ditentukan oleh pihak kerajaan.

Beliau juga mengulas mengenai peruntukan sebanyak EM15.7 juta yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri bagi SMPC dan hanya RM150 juta sahaja disalurkan kepada institusi pondok dan sekolah tahfiz.

Baca lagi | Sebagai Wilayah, Peruntukan untuk Sabah, Sarawak Harus Setanding dengan Semenanjung

Jumlah Peruntukan Yang Berat Sebelah

Jika dikira secara terperinci, jumlah peruntukan yang disalurkan untuk institusi sekolah agama berdaftar yang berjumlah 1,276 buah sekolah, nilai yang akan diperoleh adalah sebanyak RM117,500 sahaja.

Berbeza pula dengan peruntukan untuk SMPC yang berjumlah RM15.7 yang setiap satunya akan memperoleh nilai peruntukan RM250,000 memandangkan jumlah SMPC di Malaysia hanyalah 63 buah sekolah.

Dr Muhammad Akmal yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata jika mengikut Perlembagaan, kedudukan bagi institusi Sekolah Agama dan SMPC adalah tidak sama.

Hal ini adalah kerana peruntukan bagi pendidikan agama diberikan menerusi Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan bukannya di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Baca Juga:  Dewan Rakyat membincangkan bantuan untuk rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine hari ini

Baca lagi | KKM Saran Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka Cegah Varian Baharu

Personal Mengenai Kriteria Penentuan Jumlah Peruntukan

Berdasarkan perlembagaan ini, beliau mempersoalkan atas kapasiti dan kriteria apakah penentuan jumlah peruntukan kepada institusi pendidikan agama dan SMPC dibuat.

Ketua Pemuda Umno itu juga menyampaikan cadangannya jika ada mana-mana institusi yang tidak mampu untuk meneruskan operasi, mereka perlu diserap ke dalam sekolah aliran kebangsaan.

Malah, menurutnya lagi menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook miliknya, terdapat banyak sekolah aliran kebangsaan yang daif dan lebih memerlukan bantuan berbanding SMPC.

Dr Muhammad Akmal juga tegaskan bahawa pendirian Pemuda UMNO dalam isu berkenaan tidak pernah berubah dan penjelasan yang tuntas perlu diberikan oleh pihak kerajaan berkenaan isu ini.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Gara-gara Tegur Pembaca Berita, Hattan Diserang Netizen

Read Next

Kemunculan Bunga Alga Merah Jambu Atau Pink Algae Cetus Ketakutan Penduduk

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *