Skip to main content

The Malaysia Post

Cicah Lemang Dengan Sekaya, Selera Pelik Ryan Bakery

Kuala Lumpur: Ketupat dan lemang sudah menjadi resam dan santapan wajib sebagai sajian di Aidilfitri. Sangat enak dinikmati bersama dengan rendang serta kuah kacang. Namun berbeza bagi seorang pempengaruh popular yang kini sudah pun melebarkan sayapnya sebagai pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery, dia ada caranya yang tersendiri untuk memakan ketupat dan lemang yang mungkin bagi orang lain akan kedengaran agak pelik.

Terbiasa Makan Lemang dan Ketupat dengan Sekaya

Kata Ryan, sejak kecil lagi dia sudah biasa makan ketupat atau lemang dicicah dengan sekaya dan seleranya itu berterusan sehinggalah sekarang. Ryan tertarik dengan rasanya yang sedap selepas suka-suka mencicah ketupat dengan sekaya.

Ujar Ryan lagi, sampai ke hari ini ramai orang terutama kawan-kawan menganggap seleranya itu pelik selepas dia bercerita suka makan ketupat atau lemang dengan cara mencicahnya bersama sekaya.

Tegasnya, juadah ini sudah pun menjadi kegemarannya kerana rasanya yang sangat sedap. Ryan juga berkata, sekiranya ada sesiapa yang tidak mempercayai kata-katanya itu boleh cuba melakukannya!

Baca lagi | Kontroversi lagi, Aliff Syukri Nyanyi Lagu Raya Pakai ‘Jumpsuit’

Sambutan Aidilfitri Pertama Sebagai Suami

Aidilfitri kali ini merupakan sambutan pertama dengan statusnya sebagai suami. Ryan Bakery telah bernikah dengan wanita pilihan, Elyia Ibrahim pada bulan Oktober tahun yang lalu.

Menurut Ryan, sambutan Aidilfitri kali ini, dia beraya di kampung isteri iaitu di Melaka. Ketika dia masih bujang, Ryan beraya di dua tempat iaitu di sebelah ayahnya di Perak dan di kampung ibu di Pahang.

Ditanya mengenai bajet raya, Ryan berkata dia tidak menetapkan bajet tertentu dan untuk raya kali ini tidak banyak duit yang dihabiskan. Namun, keutamannya sudah tentu keperluan barang dapur di rumah ibu dan mentuanya.

Baca Juga:  Berpegangan Tangan Di Paris, Jennie Blackpink Dan V BTS Bercinta?

Manakala dari segi duit raya pula, jumlah yang akan diberikan adalah mengikut turutan dalam keluarga dan jumlah minimum duit raya yang dia berikan adalah RM2.

Baca lagi | Imam Lupa Takbir, Solat Sunat Aidilfitri Diulang

Sudah Ada Pengalaman Rumah Diserbu Peminat

Apabila ditanya mengenai kesediaannya jika peminat datang menyerbu rumah, pelakon drama Dendam Hantu Latah ini mengatakan dia sudah lalui pengalaman tersebut pada tahun yang lalu.

Gara-gara diserbu peminat, emaknya kepenatan seperti orang sakit gout. Dia menyifatkan Aidilfitri tahun ini merupakan tahun yang cukup bermakna, selain sudah berumah tangga, banyak impiannya telah pun tercapai.

Untuk rekod, Ryan telah pun memenangi Anugerah Digital Content Creator Tergempak pada Gempak Most Wanted Awards 2022 selain baru melancarkan single berjudul Raya Last Minit bersama Andi Bernadee sebagai hadiah lagu raya dan video muzik untuk peminat dan pengikut media sosialnya.

Ujarnya, dua perkara ini adalah kenangan terindah buat saya dan menjadikan sambutan lebaran tahun ini lebih bermakna.

Terbaru, Ryan bakal muncul dengan filem sulung, Zim Zim Ala Kazim yang berinspirasikan dari kisah benar iaitu mengenai kehidupan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Sumatera Dikejutkan Dengan Gegaran Kuat Gempa Bumi 7.3 Magnitud

Read Next

Festival Raya Hooray X Fest – Pengarah Syarikat Didakwa Hari Ini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *