Terowong SMART
Terowong SMART telah ditutup sepenuhnya kepada pengguna sebagai persediaan menghadapi operasi banjir berikutan hujan lebat sejak petang tadi.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter berkata, penutupan itu dilaksanakan selepas mendapat arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran pada 7.13 malam hari ini.
Baca Lagi | MS Projek Memperkukuh Tentera Laut Diraja Malaysia
Baca Lagi | Projek LCS akan Diteruskan, Penghantaran akan dihantar dalam Keadaan Terbaik
Pusat Kawalan Trafik SMART
“Mod 3 telah diaktifkan. Dalam mod ini, terowong ditutup kepada lalu lintas oleh Pusat Kawalan Trafik SMART dan air banjir masih dialihkan,” menurut catatan itu.
Status Smart Tunnel boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my, twitter@smarttunnel atau ‘Smart Tunnel’ di Facebook.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, hubungi talian bantuan SMART di 1300887188.