Skip to main content

The Malaysia Post

Muhyiddin jumpa PM, bincang jawatan TPM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan beberapa perkara penting termasuk jawatan timbalan perdana menteri.

Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berkata mesyuarat itu diadakan beberapa hari lalu bagi mempertimbangkan perjanjian sebelum ini antara gabungan itu dan perdana menteri.

“Saya bertemu dengan Perdana Menteri beberapa hari lalu di mana saya telah membangkitkan beberapa isu penting termasuk pelantikan dalam kerajaan bukan sahaja untuk mengisi kekosongan tetapi juga berkaitan pelantikan baharu.

“Kami tidak meminta lebih (daripada yang telah dipersetujui), hanya mengenai pelantikan timbalan perdana menteri dan menteri serta yang melibatkan agensi berkaitan kerajaan dan badan berkanun serta peruntukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin yang keluar Bersatu pada 26 Mei lalu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia.

Terdahulu, Muhyiddin merasmikan majlis pemimpin PN bersama rakyat dan melancarkan jentera PN

peringkat negeri di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi PN Kelantan dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata Bersatu dan PAS telah memutuskan untuk menggunakan logo PN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Perkara ini telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan PAS boleh mengesahkan perkara ini. Sebagai contoh, di Johor, bukan sahaja Bersatu akan bertanding, malah PAS juga.

Baca Lagi | Muhyiddin jumpa PM, bincang jawatan TPM

“Itu keputusan yang saya terima dan saya rasa keputusan itu kekal. Namun dari segi pembahagian kerusi, ia belum diputuskan lagi,” katanya.

Baca Juga:  Muat Naik Video Rambut Pelanggan Berhijab, Dahlia Rizal Persoal Etika MUA

Beliau berkata beberapa parti telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai gabungan itu tetapi mereka menangani perkara itu dengan berhati-hati. — Bernama

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Harga makanan kantin sekolah Singapura dijangka meningkat, selepas MOE menyemak semula garis panduan harga

Read Next

Ronaldo mahu meninggalkan Man United, kata laporan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *