The Malaysia Post

Warga asing yang melanggar undang-undang akan dikenakan hukuman diusir dari Malaysia

Malaysia Tourism

Warga asing yang melanggar undang-undang akan dikenakan hukuman diusir dari Malaysia

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin,  menegaskan bahawa Ketua Pengarah Imigresen boleh menggunakan perundangan sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana warga asing yang ‘tidak dikehendaki’ di Malaysia.

Beliau berkata tindakan itu selari Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap mana-mana majikan atau warga asing sekiranya didapati melakukan kesalahan bertentangan dengan perundangan sedia ada. “Ini termasuk tindakan mengusir mereka pulang ke negara asal,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata mengenai kejadian yang berlaku dimana Al Jazeera telah membuat sebuah dokumentari mengenai bagaimana Malaysia mengendali kes quarantin terhadap warga asing di sini, terutamanya buruh asing.

Read Previous

Pemain batuk boleh dikenakan kad merah

Read Next

Letupan Beirut: Malaysia bersedia menghulurkan bantuan kepada Lebanon, kata PM

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sertai surat berita kami
Dapatkan artikel terkini, Pekerjaan, hadiah percuma, berita hiburan dihantar terus ke peti masuk anda
170000 subscribers are here