Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menegaskan bahawa Ketua Pengarah Imigresen boleh menggunakan perundangan sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana warga asing yang ‘tidak dikehendaki’ di Malaysia.
Beliau berkata tindakan itu selari Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap mana-mana majikan atau warga asing sekiranya didapati melakukan kesalahan bertentangan dengan perundangan sedia ada. “Ini termasuk tindakan mengusir mereka pulang ke negara asal,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata mengenai kejadian yang berlaku dimana Al Jazeera telah membuat sebuah dokumentari mengenai bagaimana Malaysia mengendali kes quarantin terhadap warga asing di sini, terutamanya buruh asing.