Kuala Lumpur: Spekulasi mengenai hubungan rumah tangga penyanyi Haqiem Rusli, 26, dan isterinya Anis Sofea, 21, dilanda masalah mula bertebaran apabila isterinya bertindak memadam semua gambar mereka di laman Instagram.
Anis atau nama sebenarnya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri juga dilihat memuat naik gambarnya yang tidak lagi memakai tudung dengan hanya memakai kain selendang untuk menutupi sebahagian rambutnya itu.
Masih Sambut Syawal Bersama
Perlakuannya itu bagaimanapun menerima reaksi daripada orang ramai yang mula mempersoalkan tindakannya itu dan berspekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka.
Namun, menerusi satu kenyataan secara ringkas yang dibuat mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka pada tahun ini, Haqiem Rusli berkata dia dan isterinya kini sedang menyambut Syawal bersama-sama di Hulu Langat.
Usaha bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai desas-desus itu daripada
Haqiem bagaimanapun mengalami kegagalan.
Ibu Haqiem, iaitu Nazrah Nordin, 54, turut dihubungi bagi mengulas spekulasi bertebaran membabitkan anak dan menantunya itu. Katanya tiada apa-apa yang berlaku di antara kedua-duanya dan mereka masih lagi kekal bersama seperti biasa.
Baca lagi | Isu Rumah Tangga Bukan Gimik – Zulin Aziz
Foto Bersama Tidak Dipadam
Menurutnya lagi, Anis memberitahu bahawa fotonya bersama suami, Haqiem tidak dipadam tetapi hanya dimasukkan ke dalam arkib sahaja.
Nazrah juga menegaskan bahawa, anak dan menantunya itu masih berhubungan baik dan dilihat berpegangan tangan ketika bergambar.
Ujarnya lagi, dia hanya membuat tidak tahu mengenai semua tanggapan atau andaian ramai orang tentang hubungan Haqiem dan Anis. Malah, menurut Nazrah lagi, pada bulan Ramadhan yang lalu, Haqiem dan Anis selalu pulang ke kampung halaman mereka bersama-sama.
Malah, dia juga keluar bersama mereka untuk berhari raya di rumah sanak saudara dan tegaskan sekali lagi hubungan mereka suami isteri masih baik dan tiada masalah yang berlaku.
Baca lagi | Syamsul Tak Jadi Lafaz Cerai
Tidak Mahu Terlalu Memaksa
Ketika diminta untuk mengulas mengenai tindakan Anis yang tidak lagi mengenakan hijab, ibu Haqiem berkata, dia baharu tahu mengenai keputusan menantunya itu dan katanya Anis masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dengan bertudung.
Dengan usianya yang baharu memasuki 21 tahun, mereka tidak mahu terlalu memaksa. Malah Haqiem juga yakin dan percaya suatu hari nanti Anis akan terbuka hati untuk berhijab semula.
Haqiem menikahi Anis pada majlis yang diadakan secara tertutup bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021 yang lalu.