The Malaysia Post

Tesco jual operasi di Thailand,Malaysia pada RM44.8 bilion

Peruncit yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Tesco PLC bersetuju menjual operasinya di Thailand dan Malaysia pada harga AS$10.6 bilion (RM44.8 bilion), kepada sebuah syarikat pelaburan Thailand.

Susulan penjualan itu, Tesco juga akan memulangkan 5.0 bilion pound (RM21 bilion) kepada pemegang saham menerusi dividen khas. Beberapa syarikat milik Charoen Pokphand Group (CP Group) akan membeli unit itu untuk nilai perusahaan bersamaan dengan 8.2 bilion pound (RM44.8 bilion).

Tesco pada Disember lalu menyatakan, ia sedang menjalankan kajian semula perniagaannya di Thailand dan Malaysia selepas selepas mendapat minat untuk pengambilalihan. Penjualan operasi Asia itu akan memboleh-kan rantaian pasaraya mendapatkan penyerapan tunai untuk meneruskan penyusunan semula perniagaan di UK, yang berdepan dengan kesukaran termasuk pembuangan pekerja.

Penjualan Tesco bagi pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand ini juga dikatakan merupakan salah satu strategi Tesco dalam memfokuskan kepada pasaran mereka di UK.

Untuk pengetahuan, CP Group merupakan sebuah syarikat yang menguasai beberapa hypermarket lain seperti Makro dan Tesco Lotus. Selain itu, syarikat ini turut popular dengan rangkaian makanan segera yang tersedia di semua cawangan 7-Eleven di Thailand.

Tesco mempunyai lebih daripada 2,000 rangkaian pasaraya dan kedai di Thailand di bawah jenama Lotus Tesco. Rantaian itu diasaskan oleh CP Group pada 1994 dan kemudian diambil alih oleh firma British, menurut laman web syarikatnya.

Di Malaysia, Tesco mempunyai lebih daripada 70 rangkaian dengan konglomerat Sime Darby Bhd memiliki 30 peratus kepentingan dalam Tesco Malaysia.

Sebelum ini, dikatakan Dhanin Chearavanont, pemilik CP Group dan Central Group, syarikat milik keluarga Chirathivat, tersenarai antara syarikat berminat menyertai bidaan operasi perniagaan Asia Tenggara itu yang dijangka mampu mencecah AS$7 bilion (RM29 bilion). Selain itu, TCC Group, syarikat dimiliki hartawan, Charoen Sirivadhanabhakdi, turut menyatakan minat untuk menyertai bidaan.

Peralihan pemilikan cawangan Tesco Malaysia dan Thailand kepada CP Group ini kemungkinan besar tidak memberi kesan dari segi rekaan sekaligus mengekalkan penjenamaan dan identiti Tesco setidaknya di Malaysia.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Seluruh Itali kuatkuasa sekatan perjalanan dan perintah berkurung

Read Next

Mayat ditemukan hampir reput, dengan tangan dan kaki terikat

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.