The Malaysia Post

Mayat ditemukan hampir reput, dengan tangan dan kaki terikat

Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Flat Taman Pauh Indah, Bukit Tengah, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki. Mayat lelaki dipercayai warga tempatan tanpa identiti itu ditemukan penduduk di Blok A3 Flat tersebut malam tadi.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat penduduk disitu pada jam 9.45 malam kerana bau yang kurang menyenangkan dari sebelah rumahnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Mohd Mustafa Bidin memaklumkan mayat lelaki itu dijumpai dalam keadaan kaki dan tangan berikat, manakala kepala pula diserkup dengan sarung bantal.

“Tiba di tempat kejadian, pintu hadapan rumah mangsa tertutup dan berkunci, manakala kipas dan lampu di ruang tamu terpasang. Ketika pintu dibuka polis menemui mayat lelaki dalam keadaan terlentang berdekatan katil dengan tangan dan kaki terikat, manakala kepala diserkup dengan sarung bantal warna merah,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Mohd Mustaffa berkata, pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lalu. Katanya, keadaan rumah dan bilik mangsa juga didapati berselerak, manakala beg duit mangsa serta telefon bimbit tidak dicuri.

Siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang pengenalan diri milik mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil memberi maklumat di balai polis berhampiran. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Tesco jual operasi di Thailand,Malaysia pada RM44.8 bilion

Read Next

KKM lancarkan laman sesawang khas, tawarkan perkhidmatan periksa COVID-19 secara dalam talian

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.