Skip to main content

The Malaysia Post

6 Hospital Swasta Lembah Klang Tawar Ambulans Percuma

Tiba-tiba je berlaku kecemasan di rumah dan anda pula perlukan ambulans. Dalam situasi anda yang cemas macam tu, setiap minit yang anda ada memang sangat-sangat berharga kan? 

Tapi jangan risau, kalau anda tinggal di sekitar Lembah Klang, anda kini dah boleh dapatkan perkhidmatan ambulans percuma dengan hanya call satu nombor ini sahaja iaitu 15551.

IHH Healthcare Malaysia yang bersusah payah perkenalkan perkhidmatan tawar ambulans percuma dan ia akan mulakan operasi pada 23 November 2026. Menerusi inisiatif yang diperkenalkan IHH Healthcare ini, anda sudah boleh dapatkan bantuan ambulans kecemasan yang mana bakal hubungkan enam hospital swasta di bawah rangkaian IHH Healthcare Malaysia.

Menariknya lagi, perkhidmatan tawar ambulans percuma ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Jadinya, anda tidak perlu jadi pesakit berdaftar di hospital yang berkenaan untuk dapatkan bantuan ambulans percuma.

Kalau anda betul-betul perlukannya, anda boleh dapatkan bantuan ambulans untuk membawa pesakit ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) hospital yang terlibat menerusi talian 15551.

Senarai 6 Hospital Swasta Tawar Ambulans Percuma

Di bawah ini senarai enam hospital yang telah ambil bahagian tawar ambulans percuma:

  1. 1. Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
  2. Pantai Hospital Kuala Lumpur
  3. Pantai Hospital Ampang
  4. Pantai Hospital Cheras
  5. Pantai Hospital Klang
  6. Prince Court Medical Centre

Dengan adanya perkhidmatan tawar ambulans percuma yang baru sahaja dilancarkan IHH ini, anda sebagai penduduk di sekitar kawasan Lembah Klang sudah ada satu lagi pilihan untuk dapatkan bantuan ketika berdepan dengan situasi cemas.

Bukan saja sekadar sediakan kenderaan untuk bawa pesakit ke hospital, ambulans ini juga turut lengkap dengan peralatan sokongan hayat lanjutan.

Antaranya termasuk mesin defibrilasi untuk bantu pesakit yang tengah alami masalah jantung tertentu, bekalkan bekalan oksigen, peralatan sokongan saluran pernafasan, ubat-ubatan kecemasan dan juga alat pemantauan keadaan pesakit.

Setiap ambulans yang disediakan juga turut disertai paramedik atau juruteknik perubatan kecemasan bersama pemandu yang terlatih.

Untuk kes yang lebih serius pula, jururawat atau doktor juga boleh dihantar bersama pesakit sekiranya keadaan memerlukan bantuan perubatan tambahan.

Mesti anda tertanya-tanya kan macam mana pula dengan proses penghantaran ambulans dibuat?

Sebenarnya setiap panggilan yang diterima melalui talian 15551, Pusat Kawalan Ambulans IHH akan nilai terlebih dahulu keadaan pesakit serta lokasi mereka terlebih dahulu.

Setelah itu, barulah ambulans yang paling hampir dan sesuai dengan keperluan pesakit akan dihantar ke lokasi. Pada masa sama juga, Jabatan Kecemasan hospital yang bakal terima pesakit akan dimaklumkan lebih awal. Hal ini supaya pasukan perubatan boleh buat persediaan sebelum ambulans tiba ke hospital.

Sistem ini membantu melancarkan urusan penghantaran pesakit, terutama apabila mereka memerlukan rawatan segera.

Satu lagi ciri menarik yang disediakan ialah kemudahan penjejakan ambulans secara masa nyata.

Selepas membuat panggilan, pemanggil akan menerima pautan melalui WhatsApp atau SMS. Menerusi pautan tersebut, anda boleh melihat lokasi ambulans yang sedang menuju ke tempat kejadian serta anggaran masa ketibaannya (ETA).

Sekurang-kurangnya, keluarga atau individu yang sedang menunggu bantuan boleh mengetahui perkembangan perjalanan ambulans tanpa perlu tertanya-tanya berapa lama lagi ia akan tiba.

Kalau berlaku je kecemasan dan anda pula berada dalam kawasan perkhidmatan ini, tolong simpan baik-baik nombor 15551 dalam telefon. Mudah-mudahan kita tidak perlu menggunakannya, tetapi sekurang-kurangnya nombor ini sudah tersedia apabila diperlukan.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai 6 Hospital Swasta Lembah Klang Tawar Ambulans Percuma

1. Apakah nombor untuk dapatkan ambulans percuma di bawah IHH Healthcare Malaysia?

Ana boleh hubungi talian 15551 untuk dapatkan bantuan ambulans kecemasan menerusi perkhidmatan yang diperkenalkan oleh IHH Healthcare Malaysia.

2. Hospital manakah yang tawar ambulans percuma ini?

Terdapat enam hospital terlibat tawar ambulans percuma iaitu Gleneagles Hospital Kuala Lumpur, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Pantai Hospital Ampang, Pantai Hospital Cheras, Pantai Hospital Klang dan Prince Court Medical Centre.

3. Adakah ambulans ini lengkap dengan peralatan perubatan kecemasan?

Ya. Ambulans yang digunakan ialah ambulans Jenis A dengan peralatan sokongan hayat lanjutan seperti mesin defibrilasi, oksigen, sokongan saluran pernafasan, ubat kecemasan dan peralatan pemantauan pesakit.

About Azlan Rosdi

08bffe2b922909201cdd0614a1a2163372b263aa76a3c816f71880f3f9fb22cc?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Aduan Untuk Sekat Scam Bukan Tanggungjawab Pengguna Semata-Mata

Read Next

Kemelut Politik Negeri Sembilan, Ahmad Zahid Minta Tunggu Pengumuman Istana

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *