Skip to main content

The Malaysia Post

Aduan Untuk Sekat Scam Bukan Tanggungjawab Pengguna Semata-Mata

Pernah tak tiba-tiba keluar iklan pelaburan masa anda sedang seronok layan YouTube? Contoh iklan tersebut macam skim cepat kaya, promosi perjudian ke atau iklan yang anda hanya perlu transfer sejumlah duit dan tunggu je hasil? Mesti pernah kan?

Sebenarnya cukupkah kita sebagai pengguna yang ambil tindakan dengan buat aduan untuk sekat scam tetapi pihak yang sepatutnya tidak berbuat apa-apa?

Kalau ikutkan zaman sekarang ini, yang semakin canggih teknologi makanya semakin mudah manusia untuk ditipu. Ramai di kalangan pengguna internet yang berdepan dengan situasi ini. Oleh sebab itu jugalah, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah pun memfailkan dua saman terhadap sebuah syarikat teknologi global. Saman yang dibuat MCMC ini di atas dakwaan syarikat tersebut yang gagal mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang kandungan berbahaya di platform tersebut.

Tindakan terbaru yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini sebenarnya telah membuka mata ramai pihak yang mula mempersoalkan akauntabiliti platform-platform digital yang wujud di Malaysia.

Sekebal itukah atau sebenarnya undang-undang di Malaysia ini sedang dipermainkan? Adakah nilai keselamatan pengguna internet di Malaysia ini tidak penting bagi platform-platform ini yang lebih gemar mengejar rating dan keuntungan tanpa memikirkan kesan buruknya pada pengguna-pengguna mereka sendiri?

Proses perundangan yang bakal berjalan di atas saman yang difailkan MCMC ini benar-benar memperlihatkan akauntabiliti sebenar platform digital dalam menjaga keselamatan pengguna! Dan sebagai pihak berwajib tidak seharusnya tunggu pengguna buat aduan sekat scam baru hendak bertindak!

Cukupkah Sekadar Tunggu Aduan Untuk Sekat Scam Baru Bertindak?

Dari dahulu sehinggalah ke hari, pendekatan reaktif sentiasa menjadi garis panduan syarikat gergasi teknologi dunia. Hanya menunggu aduan untuk sekat scam dibuat, baharulah kandungan berbahaya atau memudaratkan diturunkan itupun selepas pihak berkuasa menghantar notis rasmi. Bahkan kebanyakan aduan yang dibuat hanya dipandang sepi. Penyebaran maklumat-maklumat berbahaya yang memudaratkan dan tidak memberi nilai tambah kepada pengguna masih lagi gah di paparan media sosial.

Setelah sekian lama, mekanisme yang diguna pakai sejak berkurun ini tidak lagi memadai bahkan langsung tidak memberi apa-apa pengakhiran. Setiap iklan scam yang dipaparkan dengan mudah berjaya melepasi tapisan. Apa yang lebih membimbangkan, iklan-iklan yang dibuat scammer ini memperoleh tontonan ratusan ribu pengguna setiap hari.

Dengan hasil tontonan iklan scam yang sangat tinggi ini, peratusan pengguna untuk ditipu juga mestilah meningkat. Jika mekanisme tunggu dan lihat yang dipraktikkan syarikat gergasi teknologi masih digunapakai maka tidak hairanlah mengapa wang simpanan mangsa-mangsa yang terperangkap lesap dengan cepat sebelum kandungan iklan scam tersebut diturunkan.

Untuk hentikan iklan-iklan scam ini dari berleluasa, pihak terbabit sepatutnya menggunakan cara yang sangat proaktif. Umum tahu kecerdasan buatan (AI) dan algoritma canggih yang dimiliki sebenarnya mampu untuk menghentikan kandungan-kandungan melampau dan berbahaya. Teknologi yang dimiliki ini mampu membantu pihak terbabit untuk menapis dan menyekat iklan judi dan penipuan sejak awal. 

Namun sayangnya, kelebihan teknologi ini tidak digunakan sebaiknya. Syarikat gergasi teknologi lebih suka meletakkan beban tersebut di bahu pengguna serta pihak berkuasa semata-mata.

Dek kerana mengejar keuntungan komersial, setiap klik yang dilakukan oleh para pengguna diraikan dengan cukup hebat. Namun klik yang sama memberi impak dunia sebenar kepada pengguna. Pengguna yang tersilap langkah pastinya akan berdepan kerugian wang simpanan seumur hidup akibat scam. Bukan itu sahaja pendedahan kandungan tidak bermoral dan perjudian ini akan terus menjangkau liputannya kepada kanak-kanak serta golongan rentan.

Oleh sebab itulah, penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) perlu lebih diperketat dan diperhebatkan. Semua syarikat teknologi global wajib mematuhi undang-undang Malaysia. Undang-undang ini bukan untuk menyekat kebebasan bersuara, tapi supaya hak bersuara dan aktiviti jenayah berada di sempadan yang jelas.

Akhir kata, bukan hanya pengguna yang perlu membuat aduan untuk sekat scam, tetapi platform digital seharusnya memikul tanggungjawab yang lebih besar untuk menyediakan ruang selamat untuk semua pengguna internet di Malaysia.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Aduan Untuk Sekat Scam

1. Mengapa aduan untuk sekat scam ini masih lagi tidak mencukupi?

Aduan untuk sekat scam ini masih lagi tidak mencukupi kerana iklan penipuan boleh tersebar sebelum tindakan diambil.

2. Siapakah yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap platform digital?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu mengambil tindakan terhadap platform digital.

3. Apakah undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian yang wujud di Malaysia?

Undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian yang wujud di Malaysia adalah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

About Azlan Rosdi

08bffe2b922909201cdd0614a1a2163372b263aa76a3c816f71880f3f9fb22cc?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

Lapan Daerah Pantai Timur Sabah Terputus Bekalan Elektrik Pagi Ini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *