Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), melalui Presidennya Hasanuddin Yunus memberitahu bahawa keputusan kabinet untuk kemukakan cadangan bagi penambahbaikan serta penguatkuasaan dasar berkaitan penggunaan kalimah “Allah” kepada Majlis Raja-Raja membuktikan komitmen kerajaan perpaduan untuk menjaga kesucian agama Islam.
Langkah itu juga bertujuan menunjukkan kesungguhan dalam usaha kerajaan yang bertekad untuk mengukuhkan keharmonian dan perpaduan antara pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
Baca lagi | Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Nafi Penyelewengan Wang Zakat
Buat Penambahbaikan Dasar Sedia Ada
Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kerajaan akan memperkemas lagi dasar sedia ada mengenai penggunaan kalimah Allah di Sarawak.
Menurut beliau, usaha kerajaan dalam memperuntukkan penguatkuasaan terhadap penggunaan perkataan tertentu yang hanya boleh digunakan oleh orang Islam turut diperkemas dan dikuatkuasakan adalah bukti bahawa Kabinet tidak akan berkompromi dalam memperjuang dan pertahankan kesucian agama Islam serta kedaulatan undang-undang atau mana-mana enakmen berkaitan Islam di setiap negeri.
Selepas dokumen usul cadangannya dibentangkan, beliau sangat yakin penguatkuasaan akan lebih jelas dan tegas tanpa menjejaskan hak dan kebebasan orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka sendiri.
Katanya lagi, melalui cadangan ini Kabinet akan memberi ulasan dan nasihat kepada pihak berkuasa agar tidak ada sesiapa yang boleh menafikan apabila terdapatnya kelemahan dalam penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
Baca lagi | Not A Man’s Dream Hina Islam
Amaran Keras Jika Salah Guna
Jelas beliau, walaupun orang bukan Islam bebas mengamalkan agama mereka sendiri, mereka diberi amaran supaya tidak menyebarkan agama mereka kepada orang Islam dan mereka tidak sepatutnya berbuat demikian apabila diberi kebenaran untuk menggunakan kalimah suci ini.
Jemaah Menteri mengemukakan cadangan penambah baik penguatkuasaan dasar berkaitan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam kepada Majlis Raja-Raja telah mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan sentiasa menjunjung Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 3 berkaitan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni.
Semalam, isu kalimah Allah 2023 itu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet berikutan keputusan kerajaan mengenai hak wanita Sarawak menggunakan kalimah “Allah” dalam pendidikan agamanya telah ditarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.