Pada hari lahir ke-52 bintang Tamil, Ajith Kumar, pembikin projek terbarunya, Vidaa Muyarchi, memperkenalkan poster tajuk filem baru pelakon tersebut dan mengumumkan pengarahnya, Magizh Thirumeni. “Usaha tidak akan gagal” adalah tagline filem itu.
Baca lagi | Artis Asing mesti Mematuhi Norma Tempatan untuk Beraksi di Malaysia
Umum Poster Dengan Ucapan Yang Menyentuh Hati
Pembikin filem mengumumkan poster dengan kapsyen yang berbunyi, “Mengucapkan Selamat Ulangtahun kepada seorang lelaki yang penuh Ketabahan, Semangat dan Kerja Keras AjithKumar kita yang tersayang. Kini tibalah masanya untuk Merayakan …!
Filem seterusnya kami bersama Encik #AK berjudul #VidaaMuyarchi “USAHA TIDAK AKAN GAGAL” dan akan diarahkan oleh pengarah filem yang kultus #MagizhThirumeni.”
Bagi yang tidak tahu, tajuk filem ini dikatakan bermaksud tekad dalam bahasa Tamil. Peminat memberikan reaksi positif terhadap pengenalan tajuk, dengan ramai daripada mereka menuju ke bahagian komen untuk meninggalkan emoji hati dan api.
Baca lagi | Bella Jadi ‘Mangsa’ Industri Hiburan Sejak Kecil
Keluar Disebabkan Perbezaan Kreatif
Sebelum ini, pengarah filem iaitu Vignesh Shivan juga turut dilaporkan akan turut serta dan mengarahkan projek ini tetapi kemudiannya mengumumkan untuk keluar daripada filem tersebut.
Hal ini adalah disebabkan oleh beberapa perbezaan kreatif di antara beliau dengan pembikin filem terbabit.
Menurutnya K62 adalah salah satu kekecewaan yang terjadi dalam hidupnya. Ujarnya lagi, “Saya gembira bahawa peluang diberikan kepada seseorang seperti Magizh Thirumeni,” kata pengarah itu seperti yang dilaporkan oleh pihak India TV.
Filem ini juga turut mendapat khidmat daripada Nirav Shah dan Anirudh Ravichandran. Nirav Shah dikatakan akan menjadi juru kamera untuk projek ini, manakala Anirudh Ravichandran pula akan melakukan tugasnya iaitu menyusun muzik.
Ajith kali terakhir dilihat dalam Thunivu, di mana melalui Thunivu, ia gagal memukau para penonton dan pengkritik.
Selain Ajith, filem ini juga turut menampilkan Manju Warrier, Samuthirakani, John Kokken dan
juga beberapa pelakon penting lain. Filem ini dihasilkan oleh Boney Kapoor dan diarahkan serta ditulis oleh H Vinoth.