The Malaysia Post

Siasatan Masih Dijalankan Susulan Kematian Dua Kanak Kanak Disyaki Akibat Strok Haba

KOTA BHARU: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama pada hari ini memberitahu bahawa siasatan masih lagi berada dalam siasatan mengenai punca kematian dua kanak-kanak yang berusia 11 dan setahun tujuh bulan disyaki berpunca daripada strok haba.

Kematian dua kanak-kanak itu menjadi tular dalam media sosial dan menimbulkan persepsi mengenai punca kematian mereka. Ramai yang beranggapan kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok adalah disebabkan oleh strok haba.

Mengulas mengenai kematian anaknya, Wanie Alias, 32, berkata, anaknya masih dalam keadaan aktif dan sihat semasa beraya bersama adik-beradik dan saudara-mara pada Aidilfitri pertama yang lalu.

Malah, pada hari raya ketiga, anaknya juga sangat aktif apabila dapat bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit.

Baca lagi | 7 Tips Menghadapi Cuaca  Panas dan Udara Tidak Bersih

Kesihatan Mula Lemah Pada Raya Ke-empat

Namun katanya, dia melihat keadaan anaknya menjadi lemah iaitu pada hari raya keempat selepas Subuh dan mereka membuat keputusan untuk ke klinik kesihatan yang berhampiran.

Semasa sedang bersiap-siap, secara tiba-tiba anaknya itu diserang sawan. Tanpa menunggu masa, Wanie terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Balai dan ketika sampai di sana, doktor terus memberi oksigen dan branula untuk masukkan air ke dalam tubuh anaknya itu.

Akan tetapi, tekanan nadi anaknya secara tiba-tiba terhenti dan dia didapati telah pengsan. Anaknya gagal untuk diselamatkan dan dia serta suami redha apabila anak mereka menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.27 pagi.

Baca lagi | Gelombang Haba Landa Asia

Seorang Lagi Kanak Kanak Meninggal Dipercayai Strok Haba

Sementara itu, terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan yang berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, juga meninggal dunia pada Selasa yang lepas. Kematian kanak-kanak itu juga dipercayai berpunca daripada strok haba.

Bapa kepada Nur Imani, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, memberitahu bahawa anak tunggalnya itu pada mulanya hanya mengalami batuk sejak seminggu lalu dan kemudian muntah-muntah selepas beberapa hari mengalami batuk.

Dia segera membawa anaknya, Nur Amani ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin lalu untuk dapatkan rawatan. Doktor yang memeriksa kemudiannya hanya memberikan ubat dan meminta dia membawa anaknya pulang.

Keadaan anaknya mula menjadi semakin teruk sebelum meninggal dunia kira-kira jam 7.20 pagi Selasa yang lalu.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Vokalis Kumpulan XPDC, Mael Meninggal Dunia

Read Next

16 Tips Cara Urus Kewangan Dengan Bijak Dan Berkesan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.