The Malaysia Post

Ryan Bakery Menang Dalam Content Creator Gempak Most Wanted 2023

Nama sebenar beliau Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery, berumur 28 tahun. Asal dari perak. Lahir pada tahun 17 April 1995. Jikalau anda sering melayan Tik Tok,pasti pada laman for you page (fyp) anda terdapat video parodi daripada Ryan Bakery berkenaan zaman kanak-kanak yang pasti akan pecah perut bila menontonya.

Sebelum menjadi seorang tiktoker atau youtuber. Ryan pernah bekerja  di lapangan terbang namun dia telah diberhentikan kerja kerana pandemik, kemudian dia mula berniaga popia. Selepas itu,  Ryan mula  membuat video untuk tingkatkan pendapatan. Pada masa itu kekasih Riyan lah orang yang percaya dengan apa yang Ryan mahu lakukan ialah isteri tidak lain tidak bukan isterinya kini, Elyia Ibrahim.

Sanggup Guna Duit Sendiri

Walaupun belum berkahwin Elyia sanggup keluarkan duit sendiri untuk membeli kelengkapan membuat video meskipun gaji tidaklah terlalu tinggi.  “Saya sampai ke tahap sekarang ini adalah  disebabkan Elyia. Banyak modal yang telah dia keluarkan. Apa saja yang saya mahu dia berikan.  “kata Ryan

Mula dikenali ramai , kata Ryan dia jugak tidak terlepas dari kecaman netizen yang menganggap isterinya itu menumpang populariti kerana selalu dilihat bersama ketika menghadiri majlis. “Setelah saya mula memperoleh pendapatan hasil dari video parodi dimedia sosial, saya segera bernikah dengannya untuk menghalalkan hubungan kami, “jelasnya

Rezeki Tidak Pernah Salah Alamat

Rezeki tidak pernah salah alamat,apabila video content parodi zaman kanak-kanaknya  telah menjadi sumber pertama pendapatanya setelah dirinya bergelar tiktoker kerana mendapat respons positif daripada netizen. Bukan semudah itu, Ryan menjadi tiktoker ini semua  berkat doa ibu bapa juga isteri tercinta ,sahabat-sahabat Ryan serta keluarga besar dan semua yang menyukai Ryan Bakery.

Baca Juga:  Syamsul dan Puteri Sarah Capai Kata Sepakat

Menurut Elyia , dia tidak dapat menahan air mata daripada mengalir keranan terkenangkan perit jerih perjalanan yang mereka laluinya sebelum berada di tahap itu.

Baca Lagi:- Cat Toby Meninggal Dunia, Syed Saddiq mengucapkan terima kasih kepada Feline atas Sokongannya

Elyia dan Ryan ditemui di Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMW2022) DI Auditjatuh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) , Shah Alam, pada Ahad.“Apabila Ryan menang pada Gempak Most Wanted 2022, saya tahu, kejayaan ini amat bermakna buat dirinya. Saya tumpang gembira untuk dia.” Ujarnya.

About Farid Zulkifli

db7e2fc9a63a9ebd68b44452f84ada85c193b650d009d0fb0287c1a357fee97b?s=90&d=mm&r=gFarid Zulkifli ialah wartawan teknologi dan perniagaan yang meliputi perkembangan pesat dunia startup di Malaysia, kemajuan fintech, serta kesan inovasi digital terhadap industri tempatan. Beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana teknologi baharu memacu pertumbuhan ekonomi dan membentuk amalan perniagaan harian.

Read Previous

Broker Kuasa Thai Menyeru Perdamaian Di Kalangan Tentera Berperang Ketika Pilihan Raya Hampir

Read Next

Mesin Layan Diri Menu Rahmah untuk Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *