The Malaysia Post

Resepi Kek Red Velvet

Kek Red Velvet Sangat Moist

Kek Red Velvet yang menarik warnanya dan unik rasanya kerana kita gunakan serbuk koko, buttermilk dan cuka sebagai bahan utama dalam adunan. Kek ni memang sangat moist dan lembut, bertambah sedap dengan krim frosting yang menggunakan krim cheese sebagai bahan tambahan.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk kek:

2/3 cawan (150g) mentega tanpa garam
1 1/2 cawan (337g) gula kastor
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
3 cawan (375g) tepung gandum
1/4 cawan (32g)serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam halus
1 1/2 cawan sudu penuh krim*
2 1/2 sudu besar cuka makan atau jus lemon*
2 sudu kecil perwarna merah
1 ½ sudu besar cuka makan
Nota: boleh ganti bahan bertanda (*) dengan buttermilk ready made

Bahan-bahan untuk krim frosting:

1 cawan (225g) mentega tanpa garam
340g krim keju
2 1/2 cawan (312g) gula aising

Baca Lagi | Petua dan Trik Pro Terbaik untuk Survival Dalam Minecraft 2023

Baca Lagi | Makanan Mexico Terbaik di Kuala Lumpur

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kek:

Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam kedalam satu bekas yang sama.
Sediakan buttermilk (boleh gunakan yang ready pack), sukat susu full cream kemuadian tambah sedikit cuka dan kacau sebati.
Pukul butter sehingga lincin dan tak berketul kemudian masukan gula kastor dan putar sehingga warna burtukar menjadi putih dan kembang.
Masukan telur sebiji demi sebiji.
Tambah sedikit esen vanila.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan ayam dan buttermilk berselang-seli.
Sediakan pewarna merah dan sedikit cuka.
Tuang masuk pewarna dan cuka kedalam adunan dan kacau sebati.
Griskan loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Masukan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum membakar kek.

Baca Juga:  Biden berkata Putin penjenayah perang, menyeru perbicaraan jenayah perang

Cara-cara untuk krim frosting:

Putarkan unsalted butter sehingga lembut dan lincin.
Masukkan creamcheese dan sambung putar.
Tambah gula icing dan esen vanila

Cara-cara untuk susunan kek:

Keluarkan kek dari loyang.
Potong bahagian atas kek supaya permukaan kek rata.
Kemudian belah dua kek sama tinggi.
Susun kek dan sapu creamcheese frosting ikut kreativiti.
Akhir sekali, taburkan serbuk kek diatas kek sebagai hiasan.

Petua:

Kalau nak tau kek dah masak, cucuk lidi ditengah, kalau lidi keluar bersih maknanya kek dah ready.
Sapu creamcheese frosting bila kek dah sejuk, kalau tak nnti creamcheese frosting cair.

About Farid Zulkifli

db7e2fc9a63a9ebd68b44452f84ada85c193b650d009d0fb0287c1a357fee97b?s=90&d=mm&r=gFarid Zulkifli ialah wartawan teknologi dan perniagaan yang meliputi perkembangan pesat dunia startup di Malaysia, kemajuan fintech, serta kesan inovasi digital terhadap industri tempatan. Beliau menumpukan perhatian kepada bagaimana teknologi baharu memacu pertumbuhan ekonomi dan membentuk amalan perniagaan harian.

Read Previous

Makanan Mexico Terbaik di Kuala Lumpur

Read Next

Panduan Terbaik untuk Teh

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *