Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Perhatikan SOP, kekang penularan Covid-19, kata menteri sukan

Ahmad Faizal Azumu

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mahu pegawai dan pemain yang terlibat dalam saingan Piala Malaysia 2021 memberi lebih perhatian kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Katanya, jika perkara itu dipandang ringan ia akan menimbulkan masalah dan boleh merencatkan kemeriahan kejohanan berprestij itu.

“Kami mempunyai SOP yang begitu ketat tetapi pada akhirnya perkara yang paling penting ialah SOP setiap pemain sendiri. Kita mesti faham apa yang boleh, apa yang tidak boleh kerana jika kita dijangkiti ia boleh merebak kepada orang lain.

“Jadi, saya harap semua pasukan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sebelum ini dan peka dengan SOP yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri acara “Trofi Senamrobik Perdana Peja 2021” di Padang Bola Sepak Lintau di sini hari ini.

Pada Jumaat (22 Okt), skuad bola sepak Negeri Sembilan FC mengumumkan bahawa pasukan itu terpaksa menarik diri daripada bermain dalam baki saingan Piala Malaysia, yang akan diteruskan pada 30 Okt, berikutan 20 pemain dan empat pegawai disahkan positif Covid- 19.

Keputusan itu terpaksa dibuat berikutan barisan pemain dan pegawai yang disahkan positif Covid-19 terpaksa menjalani kuarantin mandatori 10 hari di rumah dengan pemantauan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Baca Lagi | Perhatikan SOP, kekang penularan Covid-19, kata menteri sukan

Ahmad Faizal berkata kementeriannya juga akan terus berhubung dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi memastikan setiap pasukan yang beraksi pada Piala Malaysia bebas daripada virus itu.

“Kita perlu tahu status pasukan-pasukan ini dari semasa ke semasa dan ia penting kerana jika berlaku perkara yang tidak dijangka, ia boleh dibendung lebih awal daripada merebak dalam skala yang lebih besar,” katanya.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

More Stories

Datuk Seri Wee Ka Siong

Menteri pengangkutan: Harga purata tiket penerbangan ke Sarawak RM360, boleh dikurangkan

Harga purata tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak antara 11 dan 31 Disember 2021 ialah RM360, berdasarkan pemantauan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee…

Datuk Seri Hamzah Zainudin

KDN terima laporan kartel imigresen melibatkan kakitangan jabatan

Kementerian Dalam Negeri hari ini mendedahkan pihaknya menerima laporan mengenai kewujudan aktiviti kartel melibatkan anggota Jabatan Imigresen berhubung hal imigresen, kata menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata penglibatan kartel itu bukan sahaja berkaitan kenaikan…

Rexy Mainaky

Rexy melapor diri untuk hari pertama sebagai timbalan pengarah kejurulatihan BAM

Bekas juara dunia badminton dan pemenang pingat emas Olimpik, Rexy Mainaky melapor diri sebagai timbalan pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini dan berkongsi petua dengan kakitangan kejurulatihan tentang cara menguruskan prestasi caj mereka.…

Related Videos

Logo

Sertai surat berita kami

Dapatkan artikel terkini, pekerjaan, hadiah-hadiah percuma, berita hiburan yang dihantar terus ke peti masuk anda

Sebanyak 170000 pelanggan berada di sini