The Malaysia Post

Penipuan Dalam Penawaran Pakej Haji Dan Umrah Tanpa Lesen

KUALA PILAH –  Tiga pertuduhan menawarkan dan menipu pakej haji dan umrah tanpa lesen telah menyebabkan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret.

Nur Zaidani Akmal Abd Majid, 39 tahun, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menipu dan menawarkan pakej haji dan umrah kepada bakal jemaah sebaik sahaja dikemukakan dihadapan Majistret.

Sentiasa Mencari Mangsa

Sebagaimana yang kita ketahui, perkara sebegini sentiasa berlegar-legar dalam mencari helah untuk mencari mangsa. Daripada pertuduhan pertama, tertuduh telah didakwa menipu seorang mangsa berusia 61 tahun yang merupakan seorang warga emas dengan meminta mangsa membuat pemindahan wang sebanyak RM14, 000  untuk mendapatkan pakej haji dan umrah.

Oleh itu, tertuduh telah didakwa dengan sabit kesalahan boleh dipenjara di antara setahun sehingga 10 tahun dengan sabit dan denda mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Baca lagi – Patah Tulang Mata – Fasha Sandha Cedera di Set

Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah didakwa menipu pakej ini tanpa miliki lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Kesalahan ini menyebabkan tertuduh didakwa mengikut seksyen 5(2) Akta Industri Pelancongan iaitu denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan ketiga tertuduh didakwa menawarkan pakej haji dalam lesen pengelola yang sepatutnya dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji. Di atas kesalahan itu, tertuduh telah didakwa dibawah seksyen 27 (1) (a) Akta Tabung Haji 1995, di mana tertuduh boleh didenda sekurang-kurangalnya RM100,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali

Kejadian di Kuala Pilah

Pertuduhan-pertuduhan bagi kesalahan tersebut  telah dilakukan di sebuah premis dekat Tanjong Ipoh, Kuala Pilah dalam masa sebulan iaitu pada  27 Disember 2022 hingga 27 Januari 2023 antara masa jam 8.46 pagi hingga 9.52 malam.

Mengikut Mahkamah, tertuduh belum diwakili oleh peguam bela dan prosiding pendakwa dilakukan oleh Timbalan  Pendakwa Raya iaitu  Peh Fong Xi untuk kes kesalahan ini. Bertitik tolak daripada itu, Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM11, 500 untuk ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin dan sebutan semula pertuduhan tersebut pada 3 April nanti.

Read Previous

Patah Tulang Mata – Fasha Sandha Cedera di Set

Read Next

Pembangkang di Thailand Menamakan Taikun Hartanah sebagai Penasihat Kanan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.