The Malaysia Post

Pembangkang di Thailand Menamakan Taikun Hartanah sebagai Penasihat Kanan

Parti pembangkang besar di Thailand telah menamakan seorang hartanah tempatan yang sangat terkenal sebagai penasihat barunya hari ini.

Thailand sedang dihangatkan dengan kejutan spekulasi. Parti pheu Thai yang memenangi pilihan raya Thailand sejak 2001 telah mengumumkan bahawa ketua pegawai eksekutif yang baru adalah Srettha Thavisin sebagai penasihat kanan.

Kata Srettha semasa ditemu bual oleh pemberita tempatan”Sudah tiba masanya untuk melakukan lebih banyak kerja politik, namun mari kita ambil selangkah demi selangkah ke arah menjamin masa depan yang maju”

Mendahului Tinjauan Pendapat

Ibu dan bapa saudaranya iaitu Paetongtarn Shinawatra menerajui kerajaan yang digulingkan terdahulu dalam rampasan kuasa pada tahun 2006 dan 2011. Tambahan pula, mereka juga mendahului tinjauan pendapat sejak tahun lalu dan pada minggu lalu supaya disahkan menjadi salah seorang calon perdana menteri mewakili Pheu Thai.

Baca lagi – Penipuan Dalam Penawaran Pakej Haji Dan Umrah Tanpa Lesen

Selain itu Srettha juga berkata bahawa , beliau akan hadir lebih banyak kempen pilihan raya,seperti yang telah dijadualkan pada Mei tahun ini. Di samping itu, mereka juga akan berhadapan dengan perdana Menteri iaitu Prayuth Chan-ocha, yang merupakan seorang jeneral yang menjadi ketua rampasan kuasa terhadap kerajaan terdahulu pada 2014.

Persaingan Sengit Kem Politik

Persaingan  sengit antara kem politik Thailand makin bertelagah. Buat masa ini, Prayuth menolak soalan berhubung Srettha pada hari ini lalu mempersoalkan pemberita berkenaan kedudukan istimewa Srettha sebagai seorang taikun hartanah. Kata Prayuth yang sedang berjalan ke kereta yang menunggunya “negara bukan satu perniagaan”

Di samping itu, bantahan besar-besaran telah berlangsung di Thailand terhadap pemerintah Prayuth sejak beberapa tahun kebelakangan ini, akan tetapi kerajaan itu menyatakan bahawa pilihan raya yang dilansungkan adalah adil dan saksama. Bekas pemimpin tersebut adalah merupakan antara perdana menteri paling lama memegang kekuasannya di Thailand dimana lebih 10 rampasan kuasa yang dilakukan sepanjang 80 tahun lalu dan mempunyai ramai ketua dalam kalangan anggota tentera.

About Mohammed Ibrahim

Mohammad Ibrahim adalah pembela kebenaran. Dia percaya bahawa penting untuk bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul, tidak kira apa kosnya. Mohammad telah mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan keadilan sosial dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua. Beliau seorang penceramah yang berkuasa dan ahli strategi politik yang mahir.

Read Previous

Penipuan Dalam Penawaran Pakej Haji Dan Umrah Tanpa Lesen

Read Next

Suara Mahasiswa Mencorak Masa Depan Parti Politik

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.