The Malaysia Post

Pendakwah Islam terkenal Da’i Syed berjalan atas dua tuduhan seks luar tabii

Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, atas dua pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang pelajar kolej swasta dengan niat untuk mengaibkan kehormatannya.

Hakim Jamaludin Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan membebaskan Syed Shah Iqmal, 27, daripada kedua-dua pertuduhan.

“Tertuduh dibebaskan dan dilepaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” katanya.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan wanita itu, ketika itu berusia 22 tahun, di rumah sewanya di Damansara Perdana di sini, antara 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Baca Lagi | Pendakwah Islam terkenal Da’i Syed berjalan atas dua tuduhan seks luar tabii

Bagi pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita itu dengan niat untuk mengaibkan kehormatannya di tempat dan tarikh yang sama, ia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika didapati bersalah. — Bernama

Read Previous

Wabak cacar monyet tidak mungkin akan membawa kepada wabak, kata WHO

Read Next

Presiden Zelenskiy: Ketua penentangan Ukraine

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.