The Malaysia Post

Natasha Roslan Cipta Sejarah Muncul Juara Piala Dunia IBF 2025

PETALING JAYA, 11 Januari 2025 – Ratu boling negara, Natasha Roslan, mencipta sejarah gemilang apabila menjadi pemain boling wanita pertama Malaysia yang berjaya menjulang trofi Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) selepas kemenangan bergaya di Hong Kong.

Pemain berusia 27 tahun itu mempamerkan aksi luar biasa dengan menewaskan wakil Jerman, Birgit Noreiks, dalam perlawanan akhir di Top Bowl, Kai Tak Sports Park, dengan keputusan 2-0 (217-166, 226-169).

Juara Piala Dunia IBF 2025: Natasha Roslan Lakar Sejarah Baharu Boling Malaysia

Kejayaan ini mengukuhkan status Natasha sebagai ikon sukan negara, melengkapkan pencapaian cemerlangnya sebagai pemain Malaysia pertama yang memenangi dua kejohanan berprestij dunia. Sebelum ini, beliau turut muncul juara perseorangan wanita di Kejohanan Dunia 2023 di Kuwait.

Lebih manis, kemenangan ini menamatkan penantian selama 13 tahun Malaysia untuk meraih kejayaan di Piala Dunia IBF selepas Syafiq Ridhwan Abdul Malek mengangkat trofi pada tahun 2012 di Wroclaw, Poland.

Menurut Natasha, kejayaan ini adalah hasil usaha keras dan sokongan padu rakyat Malaysia dan mendedikasikan kemenangan ini kepada keluarga, jurulatih, dan seluruh rakyat Malaysia. di atas doa dan sokongan yang tidak berhenti.

Baca lagi | Pemain boling Natasha-Li Jane meraih pingat gangsa di Sukan Dunia

Kejayaan Manis Natasha Roslan Setelah Penantian Panjang

Malaysia sering kali hampir memperoleh gelaran dalam kategori wanita, namun hanya berakhir sebagai naib juara. Antara atlet yang pernah mencuba ialah:

  • Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (2017)
  • Sin Li Jane (2014, 2018)
  • Shalin Zulkifli, legenda boling negara (1996)

Dalam kategori lelaki pula, Rafiq Ismail hampir menambah gelaran dunia buat Malaysia, tetapi tewas tipis kepada wakil China, Du Jian Chao, dengan keputusan 2-1 (222-223, 226-166, 235-193) dalam final semalam.

Baca lagi | Beregu Campuran Singapura Terry Hee dan Jessica Tan Mara ke Separuh Akhir, Kecewakan Bekas Juara Dunia Thailand

Ucapan Tahniah Perdana Menteri Atas Kejayaan Natasha Roslan

Kejayaan Natasha turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengucapkan tahniah menerusi hantaran di Facebook yang ternyata bangga apabila Natasha berjaya melakar sejarah menjadi pemain boling wanita pertama negara menjuarai Piala Dunia.

Dengan pencapaian ini, Natasha terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dan menjadi inspirasi kepada generasi muda yang bercita-cita tinggi dalam arena sukan boling.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Donald Trump Gagal Tangguhkan Tarikh Hukuman Kes Wang Sogokan

Read Next

Dituduh Tak Layak Jadi Heroin, Nad Zainal Balas Kritikan Netizen

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.