The Malaysia Post

Maritim Malaysia tahan sebuah bot, bawa 202 etnik Rohingya ke Langkawi

Walaupun negara sedang berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun pihak-pihak berkuasa seperti polis, tentera, para pekerja perubatan serta sebagainya masih menjalankan kerja mereka dengan telus dan amanah.

Begitu juga dengan pihak maritim negara, yang mengawal perairan negara daripada ancaman-ancaman luar dan juga kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini. Terbaharu, pihak maritim Malaysia telah menahan sebuah bot yang membawa seramai 202 PATI etnik Rohingya di pantai berhampiran sebuah pusat penginapan di Kampung Teluk Nibong, Langkawi.

Operasi ini dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis sebagai langkah keselamatan bagi mencegah penularan penyakit berjangkit COVID-19 berpunca daripada PATI. Semua anggota yang terlibat mengendalikan kes berkenaan, telah mengambil langkah ketat untuk mencegah penularan COVID-19 dalam kalangan pendatang asing terbabit.

Cubaan seludup masuk etnik Rohingya ke Malaysia di pantai Langkawi

Bot hanyut yang membawa kumpulan etnik Rohingya ini dilihat berada kira-kira 500 meter dari kawasan pantai Langkawi, dan ramai lelaki berenang ke arah pantai sementara ramai lagi berada di atas bot kayu tersebut. Susulan itu, penduduk tempatan bertindak menghubungi pihak polis bagi melaporkan kejadian terbabit.

APMM sedang menyiasat aduan daripada PATI mengenai penglibatan empat individu dipercayai seorang tekong dan tiga awak-awak, disyaki menjadi dalang sindiket penyeludupan yang melarikan diri semasa di laut.

Kesemua 202 etnik Rohingya itu terdiri daripada 152 lelaki, 45 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan. Kesemua yang ditahan terus diserahkan kepada Jabatan Imigresen Kedah kerana memasuki negara ini secara tidak sah.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

8 rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Delhi, disyaki peserta acara Tablighi Jamaat

Read Next

Raflesia, bunga terbesar di dunia yang jarang dilihat, hanya wujud di Asia Tenggara!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.