The Malaysia Post

Malaysia catat kes kematian 4 orang akibat COVID-19

Satu lagi kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 menjadi 4 orang di Malaysia. Ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah petang, hari ini (21 Mac).

Dalam sidang media di Putajaya, Dr. Noor Hisham berkata kes kematian hari ini melibatkan pesakit kes ke-238, yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Pesakit berkenaan telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac lalu dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection. Mangsa telah diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi, dan kesihatan mangsa dikatan merosot hari demi hari sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi.

Dr Noor Hisham Abdullah 2

Semalam, Dr. Noor Hisham dalam catatan Facebook rasmi beliau, mengesahkan kematian ketiga akibat wabak COVID-19 pada Jumaat petang.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga kes.

“Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah,” ujarnya di Facebook.

Kementerian Kesihatan melaporkan 153 kes positif baharu yang direkodkan setakat jam 3 petang tadi (21 Mac), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,183 kes. 90 kes baharu dikaitkan dengan perhimpunan tabligh.

Baca Juga:  Kit Siang: Tiada kerajaan perpaduan boleh didirikan atas pengkhianatan

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Kalendar kuno Turki ramalkan koronavirus, locust, kebakaran pada tahun 2020

Read Next

PH akan pertimbang lantik semula Dr Dzulkefly sebagai Menteri Kesihatan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *