The Malaysia Post

Kalendar kuno Turki ramalkan koronavirus, locust, kebakaran pada tahun 2020

Ramalan dalam kalendar kuno Turki yang digunakan oleh orang Turki lebih dari 2,000 tahun yang lalu mungkin menjadi kenyataan. Serangan ‘locust’, kebakaran, gempa bumi dan epidemik (wabak) antara ramalan kalendar bagi tahun tikus, tahun 2020.

Kalender kuno, yang digelar “12 Hayvanlı Türk Takvimi” (“Kalendar 12-haiwan Tukic”), telah diwujudkan dan digunakan oleh Asia Tengah di Turki sehingga 209 sebelum masihi (B.C.).

Dalam kalendar, 12 haiwan yang berbeza mewakili setahun. Nama-nama tahun ini berputar dan jenis haiwan yang termasuk: tikus, lembu, harimau, arnab, ikan, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan khinzir. Tahun 2020 dikenali sebagai tahun tikus dalam kalendar tersebut.

Oğuzhan Türk, seorang penyelidik sejarah dari wilayah Erzurum, Turki, mempelajari ramalan-ramalan kalendar yang digunakan oleh kedua-dua Turki kuno dan tamadun lain, di dalam Mahmud Kashgari “Diwan Lughat al-Turk” (Compendium dialek Turki) dan İbrahim Hakkı Erzurumi “Marifetname”(Kitab Gnosis).

Jelas Türk, ramalan-ramalan dalam kalendar itu menarik, menunjukkan bahawa banyak ramalan untuk tahun 2020 telah menjadi kenyataan, dengan serangan ‘locust’ belalang di Iran, kebakaran besar di Australia, gempa bumi yang dahsyat di Elazığ dan pandemik koronavirus.

Penyelidik menegaskan bahawa walaupun kebanyakan kejadian yang diramalkan untuk tahun tikus telah berlaku pada awal tahun 2020, kalendar itu meramalkan bahawa akan terjadi pertumpahan darah akibat kerosakan yang akan berlaku di sekitar Barat laut Afrika; banyak tempat akan musnah akibat hujan dan ribut kilat, manakala kecurian dan rompakan akan meningkat pada separuh kedua tahun ini.

Beliau menambah, “Oleh kerana kita berada pada musim bunga, kita masih mungkin bakal berhadapan dengan hujan dan ribut kilat, selepas serangan ‘locust’ dan virus yang dijangkakan untuk tahun 2020. Tetapi diharapkan, peristiwa-peristiwa ramalan ini tidak akan berlaku.”

Menurut Türk, epidemik seakan koronavirus, yang disebut “zatülcenb” (pleuritis) pada kalendar, mempunyai gejala yang merangkumi demam, menggigil, batuk, nadi yang tidak stabil dan kegagalan pernafasan – yang semuanya membawa kepada kematian. Beliau juga menyatakan bahawa ubat untuk merawat penyakit itu adalah tumbuhan “udi hindi“, yang juga dikenali sebagai kusti bahri.

“Tahun 2020 kita masuk ke dalam tahun tikus dalam kalendar kuno Turki. Koronavirus disebut sebagai salah satu ramalan pada kalendar itu. Tumbuhan udi hindi dirujuk sebagai penyelesaiannya,” katanya. Tegasnya bahan aktif dalam tumbuhan itu boleh menjadi jawapan kepada penyakit itu.

Türk menyatakan bahawa maklumat yang dimasukkan dalam kalendar adalah kaedah penyampaian berdasarkan pengalaman orang-orang yang hidup pada masa itu, menekankan bahawa kalendar-kalendar ini tidak semestinya ramalan, ramalan nasib atau ramalan kiamat. Beliau berkata bahawa ianya terdiri daripada maklumat dan pengalaman berulang supaya orang boleh dimaklumkan dan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Memandangkan budaya penyelidikan dan pembacaan sumber-sumber lama telah merosot di negara kita, apabila seseorang yang disebut peramal di Eropah menyebut kejadian-kejadian seperti itu, apa yang dikatakannya menjadi topik semasa dalam agenda dan kata-kata peramal tersebut bakal menjadi rasa ingin tahu (curiosity). Walau bagaimanapun, orang pada zaman dahulu membentuk kehidupan mereka berdasarkan kalendar ini untuk jangka masa yang lama,” beliau simpulkan..

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Pesakit COVID-19 berjaya sembuh dengan menggunakan ubat untuk merawat wabak Ebola

Read Next

Malaysia catat kes kematian 4 orang akibat COVID-19

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.