SEOUL: Bagi mengatasi peningkatan golongan belia dalam masalah kesepian atau hidup secara terasing daripada masyarakat setempat, Kementerian Kesaksamaan Jantina dan Keluarga Korea Selatan mengambil pendekatan dengan menawarkan elaun sara hidup bulanan sebanyak AS$500 atau dalam Ringgit Malaysia iaitu sebanyak RM2,216 kepada anak-anak muda atau belia terbabit.
Langkah itu diambil bagi menggalakkan semua golongan belia ini untuk keluar daripada zon sepi dan memulakan hidup baharu dengan cuba bersosial serta menyertai semula masyarakat.
Usaha Tingkatkan Psikologi dan Emosi
Dalam usaha meningkatkan kestabilan psikologi dan emosi serta kesihatan golongan itu, lapor CNN, Kementerian Kesaksamaan Jantina dan Keluarga Korea Selatan juga telah mengumumkan bayaran elaun itu menggalakkan lagi golongan terbabit.
Pendekatan baharu yang dilaksanakan itu secara khususnya menyasarkan semua golongan muda sebagai sebahagian daripada Akta Sokongan Kebajikan Belia.
Baca lagi | 5 Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia
Akta yang diwartakan itu bertujuan untuk menyokong individu yang hidup secara terasing daripada masyarakat serta mana-mana golongan belia tanpa ada penjaga atau perlindungan sekolah yang mana memungkinkan mereka berisiko untuk terlibat dalam mana-mana aktiviti jenayah berskala kecil.
Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan permasalahan ini berlaku, elaun sara hidup bulanan ditawarkan kepada golongan muda kesepian berumur 9 hingga 24 tahun yang tinggal dalam isi rumah berpendapatan di bawah median pendapatan negara.
Untuk mendapatkan elaun tersebut, golongan belia ini boleh memohon di pusat kebajikan pentadbiran tempatan untuk mengikuti program yang dianjurkan ini.
“Malah, urusan ini turut dipermudah di mana para penjaga, kaunselor ataupun guru mereka juga boleh terus memohon bagi pihak mereka,” kata kementerian dalam satu kenyataan.
3.1 Peratus Rakyat Tergolong Dalam Golongan Belia Kesepian
Kementerian turut menambah bahawa berdasarkan rekod yang diperoleh daripada Institut Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Korea, terdapat kira-kira 3.1 peratus rakyat yang berumur di antara 19 hingga 39 tahun merupakan golongan muda yang tergolong dalam golongan belia kesepian iaitu hidup dengan cara hidup terasing daripada masyarakat sekeliling dan berdepan kesukaran untuk menjalani kehidupan secara normal seperti manusia yang lain.
Baca lagi | Ikut SOP Fasa Peralihan ke Endemik, Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Raya
Terdapat seramai 338,000 penduduk di seluruh negara, dengan peratusannya sebanyak 40 peratus daripada golongan itu mula hidup dengan mengasingkan diri ketika mereka zaman remaja lagi.
Malah, dilaporkan juga terdapat beberapa faktor yang dikatakan menjadi penyebab atau punca masalah tersebut antaranya kesihatan mental, masalah kewangan, keluarga dan kesihatan.