The Malaysia Post

Influenza Lebur Impian Pearly Untuk Beraksi

PETALING JAYA: Pada 25 hingga 30 April depan, Malaysia menerima tamparan hebat apabila terpaksa melupakan khidmat beregu wanita utama negara, Pearly Tan untuk beraksi dalam Kejohanan Badminton Asia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana telah diserang oleh virus influenza.

Anak buah Rexy Mainaky, Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), dimasukkan ke hospital untuk pemantauan yang lebih rapi.

Pearly yang bergandingan bersama dengan M.Thinaah sepatutnya turun menentang pasangan dari Thailand, Rawinda Prajongjai-Jongkolphan Kititharakul di pusingan pertama dan diletak sebagai pilihan kelapan dalam kejohanan tersebut.

Namun, disebabkan dirinya didapati dijangkiti Influenza, Pearly terpaksa melupakan impiannya itu untuk beraksi di kejohanan tersebut meskipun segala percaturan telah pun dilakukan dengan rapi.

Baca lagi | Korea Tawar Elaun RM2,216 Kepada Belia Kesepian

Dijangka Pulih Menjelang Kejohanan Piala Sudirman

Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan Pearly dijangka akan pulih sepenuhnya menjelang kejohanan berpasukan campuran Piala Sudirman di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei depan, di mana ia memberi tawaran mata ranking untuk melayakkan diri melalui kejohanan Sukan Olimpik Paris 2024 ini.

Rexy turut menjelaskan bahawa Pearly mengadu bahawa dirinya berasa tidak sihat pada Isnin selepas melalui sesi latihan yang baik dan telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan dirinya sudah mula menggigil kesejukan kerana demam.

Meskipun begitu, mentaliti dan komitmen Pearly berada padah tahap yang baik serta amat positif untuk menghadapi kejohanan Asia.

Baca lagi | 5 Wanita Paling Berpengaruh di Malaysia

Buka Peluang Kepada Beregu Lain

Namun begitu, ketiadaan Pearly dan Thinaah untuk beraksi pada kejohanan telah pun membuka ruang dan peluang untuk satu lagi pasangan negara, Ng Qi Xuan-Teoh Le Xuan yang berada di peringkat kelayakan bagi diserap masuk ke undian utama bersama-sama dengan satu lagi pasangan negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien untuk beraksi di kejohanan tersebut.

Manakala untuk edisi yang lalu di Manila, Filipina telah menyaksikan gandingan beregu wanita ini iaitu Pearly dan Thinaah yang telah berjaya melayakkan diri untuk mara sehingga ­ke peringkat suku akhir sebelum mereka dikalahkan oleh pasangan Jepun, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Korea Tawar Elaun RM2,216 Kepada Belia Kesepian

Read Next

Keselamatan Warga Malaysia Diutamakan – Kedutaan Sudan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.