Skip to main content

The Malaysia Post

Ketua SPRM sahkan penahanan 16 pengarah syarikat yang disyaki menggelapkan dana Mitra kerajaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 16 pengarah syarikat malam tadi kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana Unit Transformasi India Malaysia (Mitra).

Kesemua suspek berusia antara 24 dan 68 tahun itu ditahan dalam operasi besar-besaran di sekitar Lembah Klang yang diadakan sejak Isnin.

Menurut sumber, dianggarkan puluhan juta ringgit telah disalahgunakan oleh kumpulan yang pada asalnya memohon geran Mitra untuk menganjurkan program sosioekonomi masyarakat India.

Siasatan kes itu akan meliputi semua permohonan dan perbelanjaan dana yang disalurkan Mitra sejak 2018 hingga kini.

“Kami menganggarkan hampir 60 peratus peruntukan geran yang diterima syarikat, individu dan yayasan bagi tujuan melaksanakan program sosioekonomi tidak sampai kepada kumpulan sasar.

“Geran itu dipohon daripada Mitra dan diselewengkan untuk kepentingan individu tertentu,” kata sumber.

Ia menambah bahawa tiada program diadakan dan tiada penyata perbelanjaan boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa.

“Mitra telah disusun semula pada 2018 semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, sejak April 2020, Mitra diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan dianggarkan Mitra menerima bajet RM100 juta setahun,” kata sumber.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Baca Lagi | Ketua SPRM sahkan penahanan 16 pengarah syarikat yang disyaki menggelapkan dana Mitra kerajaan

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

About Aiman Hakim

432ee74c0c509139124c102a4a9abb130efa5f044ecb9482a23dc132dc082d48?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Rakyat mengecam pelakon Fauzi Nawawi kerana menormalkan rogol dalam rancangan bual bicara

Read Next

Malaysia menyokong penuh keputusan pengerusi Asean mengenai perwakilan Myanmar

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *