The Malaysia Post

Ketua direktor hospital di Wuhan meninggal akibat koronavirus

Seorang doktor senior di sebuah hospital di bandar Wuhan, China meninggal dunia akibat novel koronavirus (COVID-19), kematian terbaru membabitkan petugas medikal yang bertarung nyawa menyelamatkan ribuan pesakit lain.

Dr Liu Zhiming, juga merupakan ketua direktor di Hospital Wuhan Wuchang dan pakar dalam surgeri-neuro, mati Selasa pagi, seperti dilaporkan media CCTV.

Menurut CCTV, Liu, 51, meninggal dunia semalam pada jam 10.30 pagi waktu tempatan. Beliau menjadi ketua pusat perubatan sementara pertama yang meninggal dunia akibat virus itu.

Terdapat dua buah hospital sementara, satu daripadanya Hospital Wuchang dibina di Wuhan dalam waktu yang singkat untuk merawat pesakit dijangkiti virus maut itu.

Covid-19 pertama kali dikesan di Wuhan, di wilayah Hubei pada akhir Disember dan sejak itu virus menular ke lebih 20 negara. Angka korban di tanah besar China melebihi 1,800 orang dan jumlah kes disahkan sebanyak 72,400.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta boleh bantu tingkatkan budaya membaca

Read Next

Telefon pintar terunggul Samsung Galaxy S20 punyai 5G dan kamera intensif

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.